Bisnes Dari Rumah | Business | Tips Online Bisnes

Cara Buat Bisnes Online : Buat Sekali, Hasil Berkali – Kali

Dalam dunia bisnes, apakah teknik kita promote atau tulis hanya sekali, tetapi hasil dapat berkali-kali?

Bukan sekadar berkali-kali, bahkan bertahun-tahun pun Alhamdulillah Insya-Allah dapat hasil.

Saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri  untuk bisnes supplement kesihatan iaitu Shaklee.

Anda mahu tahu?

Teruskan membaca.

Bermula di Facebook

Dulu waktu kami mula-mula buat bisnes online, saya dan suami hanya bergantung sepenuhnya kepada Facebook.

Kami bermula dengan perniagaan buku kanak-kanak, dan seterusnya mengusahakan supplement kesihatan Shaklee.

Kami post di Facebook Group yang membenarkan iklan.

Kami juga aktif buat Facebook Ads.

tips buat bisnes online

Ya alhamdulillah jualan sangat memberangsangkan.

Setakat income bersih 4-5 angka itu normal.

Sehinggalah pada satu waktu, Facebook Ads semacam dah tepu. Pelbagai faktor teknikal membuatkan iklan kami mula tidak menyengat seperti dahulu.

Jualan mula jatuh. Income mula ke laut. Kami berdua pula masing-masing telah pun resign dari kerja.

Ujian sungguh. Tetapi tenang anak muda. Tuhan ada bersama kita.

Muhasabah Diri

Waktu ini lah kami muhasabah diri.

Alangkah baiknya jika sebelum ini kami dah mulakan blog siap-siap.

Kenapa blog?

Mari saya kongsikan 2 medium pemasaran yang kita hanya perlu tulis/kongsi/iklan sekali – tetapi akan dapat hasilnya berkali-kali dan bertahun-tahun (macam kami sendiri alami)

Medium #1 : Blog

Kami lebih selesa berblog menggunakan medium WordPress berbanding Blogspot atas beberapa sebab.

Sebelum saya nyatakan sebab, mari saya kongsikan 2 faktor mengapa bisnes menggunakan blog adalah aset bisnes yang lebih baik berbanding Facebook :

1/ Pembeli Yang Terdesak

Orang yang scroll Facebook kebiasaannya adalah untuk cari hiburan atau escapism dari masalah harian.

Sebab itu ramai usahawan yang menggunakan platform Facebook mengalami masalah berdepan dengan prospek yang hanya mahu survey harga.

Berbanding dengan usahawan blog, majoriti pembeli yang taip di Google adalah orang yang betul-betul ada masalah.

Tiada kerja pula orang tiba-tiba nak taip ‘Cara Merawat Sakit Gout’ di masa lapang mereka.

Betul, kan?

Jadi prospek yang datang dari blog ini kebanyakannya adalah calon yang dah sedia duit untuk beli.

Mereka ini biasanya dah korek sehabis-habisnya maklumat di blog kita sebelum buat keputusan untuk membeli.

Jadi kurang masalah perlu layan orang survey harga. Kerja kita – close deal.

2/ Tulis sekali, melekat selama mana Google wujud

Apa yang kita tulis hari ini di blog, esok pasti masih ada lagi. Tahun depan, 3 tahun akan datang selagi Google masih wujud.

Berbeza dengan Facebook, apa yang ditulis di Facebook pada hari ini akan tenggelam pada hari esok.

Kadangkala tak perlu tunggu esok, lepas sejam pun kadangkala boleh tenggelam dan hilang.

Medium #2 : Video

Video adalah sesuatu yang baru di Malaysia. Namun begitu ia juga boleh hasilkan jualan.

Apa yang kita rekodkan dan kemudian masukkan ke YouTube, ia juga akan kekal selagi mana Google wujud.

Orang yang tengok YouTube ini biasanya akan korek juga video yang lain.

Jenis pembeli dari YouTube cenderung untuk beli sebab rasa macam kita bersembang dengan mereka, rasa percaya sebab nampak siapa kita, dan rasa yakin sebab nampak kita sedang pegang atau demo produk.

Buat video hanya sekali sahaja, tetapi ia akan kekal melekat di carian Google 3-5-10 tahun akan datang, selagi Google wujud.

Menarik, kan?

tips buat bisnes online

Cabaran Utama Mengusahakan Blog dan Video

Setiap perkara pasti ada cabaran masing-masing yang tersendiri.

Dengan menggunakan blog dan video, kita tak boleh expect hari ini tulis dan berkongsi di blog, esok  dah mula ada orang mahu beli.

Perlu banyak sabar dan konsisten teruskan usaha.

Kalau ada jualan dalam masa singkat, itu bonus. Tetapi selalunya ia makan masa sekurang-kurangnya 6 bulan konsisten berkongsi di medium blog – baru nampak hasil.

6 bulan itu rajinkan tulis perkongsian setiap hari. Mentor saya tulis 3 artikel berbeza untuk sehari.

Hasilnya memang menakjubkan, dengan izin Allah jua, Alhamdulillah.

cara buat bisnes online
Tiru semangat pokok bunga ini. Walaupun bawah batu, ia kuat keluar juga dan berbunga.

Jadi, Apa Yang Kami Buat Selepas Jatuh di Facebook?

Kami mula beralih arah ke medium blog. Pulun tulis beberapa artikel dalam sehari.

Sedikit demi sedikit, bisnes kami mula berkembang semula.

Sedikit demi sedikit, kami mula bernafas semula.

Dan kami dapati yang menariknya, berbanding dengan promosi di Facebook, dengan menulis di blog :

1/ Kami tak perlu labur banyak duit setiap bulan untuk kos pengiklanan di Facebook Ads

2/ Apa yang kami tulis 3 tahun lepas – masih ramai orang boleh baca pada hari ini, bahkan jualan tetap berlangsung walaupun artikel tersebut di tulis pada 3 tahun lepas

Jika anda sedang buat bisnes dan sedang baca artikel ini, cepat-cepat lah usahakan blog jika masih belum ada blog.

Kami masih tetap menggunakan Facebook Ads dan medium yang lain. Cuma blog adalah tapak kami. Facebook kami gunakan hanya sebagai salah satu medium pemasaran untuk capai lebih ramai orang.

Mahu cuba bisnes Shaklee?

Bisnes Shaklee ini menarik sebab kita bantu orang dapat kesihatan yang lebih baik.

Seronok apabila dapat feedback yang customer semakin sihat, semakin bertenaga dan masalah mereka hilang selepas amalkan supplement Shaklee.

P.s : Tambahan pula Shaklee adalah produk yang dihasilkan oleh barisan doktor dan saintis yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 30 tahun.

Jika anda berminat untuk sertai team saya untuk mulakan bisnes Shaklee, anda boleh terus klik ke Link Langkah Mula Bisnes.

Insya-Allah kita akan bersama-sama usaha hasilkan blog yang beri pulangan untuk anda.

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 695 3317
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *