Business

Macam Mana Saya Mula Terjebak Dengan Bisnes Shaklee?

Sebelum bisnes Shaklee, ada pelbagai bisnes lain saya pernah buat.

Fast forward, bisnes yang paling lama saya buat sebelum Shaklee adalah Islamic Books for Kids.

Saya memang sangat sukakan bisnes tersebut, cuma sebab masa itu tak pandai sistem agen, semua benda nak buat seorang, saya jadi cepat burn.

Nett profit Islamic Books for Kids pernah cecah hampir 5-angka.

Dan secara tiba-tiba saya nak stop semasa mengandung anak kedua. Masa itu bisnes tengah masyuk sangat. Tapi saya nak rehat. Tak mahu buat, tak mahu tengok.

Penangan hormon mengandung kot, suami pun pelik.

Syukur suami sudi ambil alih walaupun beliau masih bekerja sepenuh masa.

Asbab itu, suami saya mula explore Facebook Marketing.

Tapi bila saya tak buat apa, saya rasa macam kekosongan pula.

Apart from studying hypnobirthing & entertaining my eldeset son, I wish I could do other things as well.

Jadinya, saya mula fikir, nak buat bisnes apa.

Long story cut short, saya mula terbuka hati untuk buat bisnes Shaklee.

Sebabnya ada sorang kawan saya ni, masa saya buat Islamic Books for Kids dulu, dia pun jual barang baby.

Tapi dia lebih awal pause bisnes lama dia untuk mula bisnes Shaklee. Dan sekarang, waktu saya mengandung anak kedua, dia berkongsi yang dia dah berjaya beli kereta Honda untuk pergi pasar menggunakan duit Shaklee.

Wah!

Bukan lah kawan yang lain tak pernah beli kereta, tapi mungkin sebab kami pernah sama-sama jual barang berkaitan baby dan anak, jadi saya lebih tersentuh dengan perkongsian kawan ini.

4 Perkara Menarik Tentang Bisnes Shaklee

Bisnes Shaklee ini menarik, tak seperti bisnes lain.

Saya boleh cakap macam ini sebab sebelum ini saya pernah buat macam-macam jenis bisnes dan bergaul dengan pelbagai golongan orang bisnes.

1/ Tak perlu simpan stok

Masa pertama kali saya mencapai pangkat pertama dalam Shaklee, saya langsung tak beli stok dan tak simpan apa-apa stok pun di rumah.

Macam mana saya berikan produk kepada pelanggan?

Jika ada orang mahu order Shaklee, saya tulis email kepada Shaklee, dan Shaklee akan poskan barang tersebut dari gudang mereka.

Waktu itu belum ada sistem online seperti sekarang.

Sanagat mudah, kan?

 

2/ Support bisnes group yang superb

Sebelum saya masuk Shaklee, ramai kawan yang lain dah pun memulakan bisnes Shaklee.

Yang saya pelik, kenapa mereka ini saling mahu menaikkan sesama kawan yang lain?

Ikut pengalaman saya waktu itu, kalau saya jual buku, dan kawan A jual buku, ada possibility kami bersaing dan tidak menaikkan satu sama lain.

Emosi dengki pun banyak.

Malah dengan pembekal buku kami sebelum ini pun, kami perasan yang bila makin banyak kami beli buku, pembekal tersebut mengurangkan margin keuntungan dan kalau boleh mereka mahu padamkan kami.

Tak pernah pula mereka iklankan kami kepada network mereka.

Bila saya masuk dalam group bisnes iReach Shaklee (masa itu nama group kami adalah LadyBoss) saya belajar perkara baru yang sangat menarik.

Biasanya orang melayu akan cakap bisnes orang cina saling tolong-menolong.

Tapi tak payah jadi orang cina just yet, alhamdulillah bisnes Shaklee kami memang menekankan konsep tolong-menolong.

Selain dari upline menaikkan downline, kita sendiri kalau ada pelanggan perlukan vitamin dalam kadar segera di kawasan berdekatan tetapi kita tiada stok, kita akan pass terus jualan tersebut kepada sideline jika belum ada downline di kawasan itu.

Sideline adalah merujuk kepada pesaing kita. Tapi dalam group kami, kami bahasakan diri sebagai ‘adik-beradik’

Selain daripada jualan, kami saling berkongsi testimoni pelanggan masing-masing untuk bantu menaikkan jualan antara kami, saling berkongsi poster cantik untuk bantu marketing sesama kami dan saling berkongsi strategi antara leader untuk sama-sama naik.

Tiada istilah dengki.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa sayang sungguh saya dengan Shaklee, tak mahu buat bisnes lain.

Saya pernah buat beberapa bisnes sebelum Shaklee dan saya pernah cuba sertai group-group bisnes ibu-ibu, tetapi tak satu pun yang sama macam group bisnes Shaklee.

3/ Ilmu marketing

Saya pilih upline saya ini bersebab. Salah satunya saya nampak beliau ini well versed dalam dunia online marketing.

Tak payah cakap banyak, tapi berjaya jana sekian-sekian income.

Group iReach Shaklee adalah antara group yang pioneer dalam bab online marketing iaitu : blog marketing dan email marketing sejak tahun 2010.

Kami pula masa itu sangat obses dengan Facebook Marketing yang kira baru juga masa itu.

Bila kita tahu cara buat blog marketing, kita tak payah paksa orang lain untuk beli dari kita. Tetapi kita akan cuba buat orang cari kita dan mahu beli dari kita.

Kebanyakan sideline saya pun jana income walaupun sedang mabuk mengandung, melalui blog.

Saya sendiri alhamdulillah jana income Shaklee, melalui blog.

Prospek blog kebiasaannya adalah golongan yang desperate mahukan solution dan tidak kisah harga.

Lagipun, kalau kita mahu cari sesuatu, kita tak cakap ‘Aku Facebook kejap.’

Tapi kita biasanya akan cakap ‘Kejap, kasi aku Google dulu.’ Betul betul?

Kalau orang Google, 99% akan bertemu dengan blog dahulu.

Alhamdulillah ini adalah award-award saya sepanjang buat bisnes Shaklee dari tahun 2013-2015 setakat ini
Alhamdulillah ini adalah award-award saya sepanjang buat bisnes Shaklee dari hujung tahun 2012-2016 setakat ini

4/ Ingat Tuhan

Sepandai mana pun kita, sehebat mana pun ilmu kita, kalau Allah tak izin, tak akan bergerak satu zarah dunia ini.

Bukan bermaksud tak payah belajar ilmu macam-macam, tapi jangan sampai ilmu yang kita ada membuatkan kita rasa kita dah cukup hebat.

Selalu ingat, yang gerakkan hati orang untuk membeli dari kita adalah Allah.

Group kami mempunyai senarai zikir yang panjang untuk di amalkan.

Alah, macam zikir Subhanallah selepas solat itu. Istighfar, etc.

Zikir ini sangat teramat penting untuk pandu kita ke jalan yang kita impikan.

Jadi kalau ada geng Shaklee yang cakap dia buntu, biasanya benda pertama kena check adalah solat dah cukup ke belum?

Zikir harian dah cukup ke belum?

Paling penting, perasaan terhadap Allah itu macam mana. Tiada siapa boleh assess. Bukan tanggunggjawab upline untuk hadirkan rasa itu.

Upline hanya guide, main role adalah diri kita sendiri.

Cukup dah 4 point buat hari ini.

Kalau anda nak cuba bisnes Shaklee macam saya, especially untuk test ilmu blog marketing, ilmu facebook marketing dan ilmu email marketing anda, anda sangat-sangat dialu-alukan.

Boleh WhatsApp saya di 019 695 3317 dan bagitau ‘saya nak mula bisnes Shaklee’

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *