anakku sayang

Cara Buat Passport Untuk Baby

Alhamdulillah passport baby Hannah dah pun selesai semasa dalam pantang.

Senang je prosedur buat passport untuk baby.

Dokumen penting

Dokumen penting adalah:

1) Surat beranak baby
2) Salinan IC ibu atau bapa
3) Gambar passport baby

Kami buat di Putrajaya.

Kalau di Putrajaya, buat passport bukan di bangunan imigresen, tetapi di Bangunan Menara Ikhlas, iaitu betul-betul sebelah kanan bangunan imigresen.

Pergi ke aras 3.

Kalau Tak Bawa Gambar Passport

Asalnya kami tak bawa gambar passport baby.

Tapi alhamdulillah ada tempat ambil gambar passport di bangunan sebelah kanan Menara Ikhlas ni.

Pergi ke aras 2, ambil lif ke podium.

Bila keluar dari lif, pergi ke arah kafeteria. Kemudian sebelah kiri akan terus nampak kedai Instant Photo.

Untuk baby kena bawa gambar.

Tapi kalau kita orang dewasa nak buat passport, tak perlu bawa gambar sebab masa nak buat passport nanti, diorang ada kamera untuk ambil gambar kita.

Kaunter Khas Buat Passport Untuk Baby

Selesai ambil gambar, pergi semula ke Menara Ikhlas aras 3, dan ambil nombor.

Untuk baby dan orang tua, ada kaunter khas untuk buat passport. Jadi tak perlu tunggu lama.

Ambil nombor di depan pintu dan tunggu hingga nombor di panggil.

Bila nombor di panggil, boleh lah berurusan dengan pegawai berkenaan.

Bayaran Passport Baby

Selepas selesai berurusan dengan pegawai, kita akan diminta ke kaunter bayaran.

Bayaran untuk buat passport baby, atau umur 12 tahun ke bawah, adalah RM 100 untuk tempoh 5 tahun.

Murah kan?

Kira setahun RM 20 je.

Lepas bayar, passport akan disiapkan dalam masa satu jam.

Bila dah siap, nombor kita akan di panggil, dan collect lah kat situ.

Siap! ^_^

Kalau nak ambil hari lain pun boleh.

Kami lebih suka tunggu sejam sambil buat kerja lain dan ambil pada hari yang sama.

image
Alhamdulillah siap juga 🙂

Simple je kan 🙂

Oh di Jabatan Imigresen Putrajaya, ada disediakan bilik penyusuan yang selesa.

Ok lah, ada 2 sofa dan pelbagai catatan di dinding khas untuk belajar tentang penyusuan susu ibu.

Harap entry ini membantu ibu bapa yang nak buat passport baby.

Thanks for reading this entry! 🙂

Similar Posts

7 Comments

  1. Nak tanye lah gambar ank tuh rambut dia nk kne mcm mne ye?? Sbb ank sye 6blan rambut dia cukur bantal atas je ade kiri kanan xd 🙂 ade pon sikit je … Lpas tuh nk tye susa x amik gamba ank sbb ank sye xpandai dduk lagi so mcm payah je nk amik gmba dia … Esk nk g bt da … :'(

    1. Anak saya pun botak masa nak buat passport. Orang ambil gambar pandai crop nanti.

      Untuk baby dalam pantang macam saya dulu, anak dalam sebulan lebih, orang ambil gambar tu ajar cemana nak support anak.

      Takpe, diorang pandai adjust untuk letak dalam passport.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *