Cara Buat Subtitle Berkotak Dalam Video, Menggunakan Handphone
Install Apps Viva Video. Logo seperti ini.
?Langkah #2 :
Masuk Apps Viva Video akan jumpa paparan ini. Tekan butang ‘Edit’
?Langkah #3 :
Kita akan di minta pilih video untuk di edit. Boleh pilih satu video atau gabung beberapa video.
?Langkah #4 :
Sejurus kita click video pilihan, paparan ini akan keluar. Click butang ‘Confirm’.
?Langkah #5 :
Setelah itu paparan ini akan keluar.
Kalau nak gabung beberapa video, boleh pilih tambah video lain. Click butang ‘Confirm’ macam Langkah #4 tadi dan kemudian tekan butang ‘Next’ di sini.
Jika nak edit satu video sahaja, tekan butang ‘Next’
?Langkah #6 :
Tekan ‘Text’
?Langkah #7 :
Tekan simbol T+
?Langkah #8 :
Paparan ini akan keluar.
Untuk buat Subtitle yang ada kotak, terus tekan simbol dialog.
?Langkah #9 :
Paparan ini akan keluar. Ada banyak pilihan jenis background (kotak) kepada subtitle.
Saya pilih kotak berwarna hitam.
?Langkah #10 :
Double-tap pada kotak Subtitle yang kita pilih. ‘Keyboard’ di bawah akan keluar untuk kita tulis Subtitle.
Taip apa-apa dulu pun boleh sebab kita nanti boleh edit sambil dengar.
?Langkah #11 :
Selepas taip, tekan butang Ok.
?Langkah #12 :
Tekan tanda ✅ atas belah kanan.
Ok subtitle anda dah masuk.
?Langkah #13 :
Tekan butang ✅
?Langkah #14:
Untuk edit dan perkemas Subtitle,
1/ Klik butang play di sebelah kiri. Kemudian kotak Subtitle akan di ‘highlight’ dengan border oren.
2/ Click kotak Subtitle dan kemudian kita boleh taip Subtitle.
3/ Durasi masa Subtitle akan muncul di ‘timeline’ setelah kita click kotak Subtitle.
4/ Edit dan perkemas perkataan pada Subtitle supaya mengikut suara dalam video.
5/ Pada masa yang sama kita boleh ‘adjust’ durasi masa kotak Subtitle dengan cara ‘slide’ slider putih dan kuning itu sama ada ke depan atau ke belakang.