Cara Embed Email Form Ke Dalam Entry Blog

Panduan ini saya sediakan untuk protege Akademi Roket Blog terutamanya memandangkan kami sedang fasa kumpul email prospek.

Untuk orang baru, saya lebih suka gunakan Mail Chimp. Ia menawarkan servis percuma untuk sehingga 2,000 subscriber.

Daftar dahulu di Mail Chimp. Siap username dan password.

Baiklah, saya terus masuk Tutorial.

(1) Create List

Klik butang List.

Kemudian tekan butang ‘Create List’ dan isikan maklumat berkaitan.

Baiklah, apa guna List ini?

Menjual kepada yang betul-betul perlukan produk kita. Saya beri analogi :

Bila kita nak menjual, adalah lebih baik untuk kita fokus. Fokus hanya kepada apa yang boleh selesaikan masalah dia.

Contoh saya sebagai pembeli.

Contoh macam saya dulu nak cuba produk ESP.

Saya ada masalah sangat penat semasa menyusukan anak. Susu saya memang banyak, tapi saya cepat penat.

Saya langsung tak teringin nak beli ESP bila nampak iklan ESP banyakkan susu badan.

Sebab apa?

Sebab susu saya dah sedia banyak. Buat apa saya nak banyakkan lagi susu badan saya.

Saya juga tak teringin nak beli ESP bila nampak iklan ESP banyakkan susu badan dan beri tenaga.

Ia memberi persepsi yang ESP ni banyakkan susu badan, tapi part beri tenaga tu mungkin boleh jadi atau mungkin tidak. Jadi, saya tak berminat untuk cuba.

Tapi saya mula teringin nak beli produk yang sama iaitu ESP juga, bila nampak iklan yang fokus ESP bantu bekalkan tenaga.

Nampak di sini?

Kuasa fokus apabila menjual/beriklan.

Jadi List di dalam ‘mailing list’ akan membantu kita mengkelaskan prospek mengikut apa yang dia betul-betul nak, apa masalah dia yang sebenarnya.

Email-email kita nanti akan lebih berfokus, jadi tak buang tenaga cerita benda yang prospek tak minat, kita terus cerita apa dia minat dan terus buat jualan.

(2) Create Form

Hari ini saya nak kongsikan cara embed (tepek) form ke dalam entry di dalam blog.

Contohnya anda tulis entry mengenai produk mengandung, kemudian anda hasilkan eBook percuma khas untuk ibu mengandung, jadi dalam entry tu kita akan embed form supaya pembaca boleh terus bagi email mereka kepada kita.

Tutorial berikut adalah untuk pengguna WordPress

1/ Cari plugin berikut : MailChimp for WordPress

Ini yang paling senang untuk newbie

2/ Install dan activate

Selepas install, tekan butang Activate

3/ Cari Mailchimp for WP di side bar

4/ Click Forms

5/ Connect with MailChimp

Click pada ada perkataan yang dia underline ‘connect with Mailchimp’

6/ API Key

Nanti dia minta API Key. Click ‘Get Your API Key’

7/ Create API Key

Nanti akan keluar tab sebelah iaitu Mail Chimp. Scroll ke bawah untuk cari butang ‘Create API Key’. Click di situ.

8/ API Key

Nanti automatik API Key akan terhasil. Copy API Key itu.

9/ Paste API Key

Masuk semula dashboard WordPress tadi. Paste API Key

Kemudian tekan Save Changes.

Embed form ke dalam blog

Untuk embed (tepek) form tersebut ke dalam entry di blog

1/ Scroll dan cari MailChimp for WP di side bar.

Pilih dan click Form.

2/ Tulis tajuk list ini untuk rujukan diri sendiri.

Kemudian tekan butang ‘Add New Form’.

3/ Optional

Nanti ada pilihan untuk kotak ‘First Name’

Boleh ubah nama kotak ini menjadi ‘Nama’ atau ‘Nama Panggilan’ dan set jadi required.

Ini penting supaya nanti bila kita nak send email, secara automatik MailChimp akan guna nama yang telah dimasukkan.

Contohnya prospek letak nama ‘Timah’

Nanti bila kita guna MailChimp untuk blast email, ia akan berbunyi ‘Hai Timah’

Kan lebih mesra bunyinya.

4/ Klik butang <Get shortcode>

5/ Copy code tersebut

Paste code di dalam entry yang anda nak paste, ikut suka nak paste di bahagian mana.

Tada! Siap.

Contoh saya punya

Boleh minta kawan-kawan anda untuk check sama ada menjadi atau tidak dengan cara minta mereka isi email mereka. Nanti boleh check di dalam akaun MailChimp.

Nak lagi tips bisnes online menggunakan Blog & Email?

Masukkan maklumat anda di bawah supaya anda tak ketinggalan tips-tips dari saya.

P.s : Sertai Akademi Roket Blog untuk saya bantu mentor bisnes anda dengan lebih dekat.

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 695 3317

Shaklee ID : 858755

One Response

  1. titan 13 September 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares