Berpantang

Cara Hilangkan Bentan Semasa Berpantang

Bentan adalah istilah untuk ibu yang sedang berpantang, tiba-tiba rasa menggigil satu badan.

Gigil ni kita rasa sejuk sangat walaupun keadaan sekeliling adalah sebenarnya panas. Gigil dalam gitu. Macam seram sejuk pun ye.

Dan seterusnya suhu badan kita akan jadi panas, demam lah.

Ada banyak penyebab bentan. Tak semua ibu penyebab nya sama.

Pengalaman Pertama Kali Bentan

Pertama kali saya kena bentan adalah selepas makan betik dan pisang di hospital selepas bersalin Muhammad, anak pertama saya.

Terkejut sangat malam tu menggigil tiba-tiba, padahal sebelum tu tiada petanda apa-apa.

Sudahnya saya tak boleh discharge dari wad, dan nurse drip saya dengan air dan check suhu badan dengan kerap.

Ia adalah stress sebab sakit tau bila kena drip, kan kena cucuk jarum kat tangan.

Dan pada masa yang sama, baby sedang nak kerap menyusu.

Pengalaman Bentan Selepas Bersalin Anak Ketiga

Baby ketiga, saya kena bentan di hari ke 6 pantang.

Saya perasan sebab siang tu kami ke hospital untuk check keadaan baby, dan saya banyak berjalan di hospital.

Mungkin asbab banyak berjalan tu. Benda lain adalah rutin yang sama.

Masa balik rumah, just rasa pening kepala.

Malam tu, tiba-tiba datang rasa gigil.

Oh, saya sedang kena bentan! Masa tu suami dan anak-anak baru nak keluar rumah beli barang.

Alhamdulillah tak sempat diorang bertolak, saya sempat bagitahu.

Dan alhamdulillah sangat, masa tu baby Hannah sedang nyenyak tidur dan belum fasa nak sangat kerap menyusu.

Cara Hilangkan Bentan Semasa Berpantang

Kalau kat rumah sedap sikit sebab ada kebebasan nak buat apa kita nak, dan tak perlu kena drip sakit-sakit.

Tapi still kena cepat-cepat hilangkan sejuk gigil tu supaya tak demam.

#1 : Kelubung dalam selimut

Perkara pertama suami saya buat adalah ambil comforter dan selimut untuk tutup saya yang sedang menggigil kesejukan.

Padahal dah tutup semua kipas, masih sejuk.

Alhamdulillah anak-anak pun behave, kesian tengok saya menggigil.

Berlapis-lapis baju saya pakai untuk kasi datang peluh dengan harapan bila peluh, kita kebah, dan Insya-Allah demam dan bentan hilang.

#2 : Minuman Supplement Bentan Shaklee

Lepas tu suami tolong bancuhkan minuman supplement Shaklee. Minuman ini lebih kepada mahu baiki tubuh dalaman supaya bentan cepat kebah dan hilang.

Sekejap lagi saya kongsikan supplement bentan Shaklee yang telah turut membantu ramai ibu berpantang pulih dari bentan.

 

#3 : Tuam tapak kaki

Sebelum tidur suami bantu buatkan hot pack untuk saya tuam di tapak kaki. Memang lega.
Terharu tengok pada bantuan suami dan anak-anak. Diorang pause keluar rumah sebab saya bentan tiba-tiba.

Sebak…

Saya berharap sangat bentan saya pulih tanpa perlu ke hospital.

Jadi malam tu, kena banyakkan rehat macam biasa. Tapi pening kepala masih tak hilang.

Pening tu rasa sakit kepala yang macam nak hantuk kepala pada dinding.

Sudahnya, saya ambil hot pack tadi dan tuam kepala saya.

Hot pack yang rasa panas di kaki, hanya rasa suam kuku di kepala.

Rasa pelik je, tapi ia sangat melegakan.

Esok pagi, bentan hilang

Alhamdulillah esok paginya bentan saya dah mula beransur hilang.

Syukur teramat syukur.

Jika anda sedang mengalami bentan, boleh cuba cara saya. Saya kongsikan semula :

1/ Kelubung dalam selimut

2/ Supplement Bentan

3/ Tuam kaki dan kepala

Untuk tuam kepala dengan hot pack panas, cuba sikit-sikit je dulu, kalau rasa kepala tak boleh rasa panas tu, hentikan.

Supplement Hilangkan Bentan

Supplement yang turut telah bantu ramai ibu berpantang hilang bentan tersebut adalah Vivix.

Vivix ini adalah supplement minuman yang membantu kuatkan sistem ibu berpantang untuk melawan virus dan bakteria.

produk hilangkan bentan
Rasanya seperti air ribena yang pekat.

Ibu dalam pantang kan sedang mengalami fasa penyembuhan dari proses bersalin, jadi bakteria dan virus sangat mudah untuk datang.

Vivix juga memberi tenaga luar biasa untuk ibu dalam pantang supaya tidak mengalami kemurungan.

–> Kenali doktor dan saintis di sebalik penghasilan Vivix yang semulajadi

Pengalaman ibu Rose bentan beberapa kali

Mari saya kongsikan pengalaman kawan saya yang bentan beberapa kali dan pulih semula selepas amalkan Vivix.

Ibu Rose :

Kali ini saya pantang kena kerap bentan urat.

Saya perasan bentan ini terjadi sebab saya terpaksa buat banyak kerja rumah semasa pantang seperti basuh pinggan, mandikan baby dan sidai kain.

Macam nak rasa bentan rahim sebab sengal-sengal di bahagian kiri dan kanan.

Bila saya sangat tak tahan baru saya minta suami tolong urutkan. Tambah-tambah lagi di kaki dan tangan. Di badan pernah kena sekali.

Saya tak makan jamu. Kali ini saya berpantang dengan Shaklee.

Satu malam saya sakit sengal-sengal badan kali kedua, jadi saya terus minum Vivix pada malam itu. Saya tambahkan dengan Ostematrix.

Alhamdulillah cepat bentan saya hilang.

Kali seterusnya saya kena lagi sekali, saya terlupa nak ambil Vivix dan Ostematrix.

Saya terbangun selepas menyusukan anak, jadi terus saya ambil semula Vivix dan Ostematrix. Alhamdulillah pagi bangun rasa segar dan hilang rasa sengal-sengal badan.

Zaman sekarang kan ramai dah berpantang sendiri, dah tak duduk lama di kampung. Risau juga menyusahkan mak ayah yang semakin berusia untuk jaga kita dan baby baru lahir, di samping kita lebih selesa berpantang sendiri bersama suami.

Jadi persediaan supplement hilangkan bentan, Vivix, ini sangat -sangat penting.

Ye lah, kerja rumah yang ringan-ringan tetap perlu buat. Tapi kadangkala yang ringan itu juga buat bentan datang semula.

Sebelum bentan datang, lebih baik kita elakkan dengan amalkan Vivix supplement hilangkan bentan.

Cara dapatkan Vivix untuk hilangkan bentan

Untuk tempah Vivix, anda boleh terus klik gambar di bawah.

Anda juga boleh hubungi saya melalui email [email protected] untuk tempahan dan terus menjadi ahli Shaklee.

 

Insya-Allah mana-mana cara pun, saya akan guide anda cara betul untuk makan Vivix untuk hilangkan bentan anda 🙂

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *