cara menghilangkan marah
Muhasabah

Cara Hilangkan Marah Meluap- Luap

Semalam saya tulis kat FB tentang memaafkan orang, dan saya dapat satu pertanyaan via WhatsApp.

Long story cut short, maksudnya orang yang bertanya sedang marah sangat kepada orang yang  bagi saya memang patut di marah, tapi macam mana nak maafkan?

Meh senyum sat ^_^
Meh senyum sat ^_^

Oh, sebelum tu, meh saya copy paste apa yang saya tulis di wall FB saya 😉

Benda yang saya tulis di FB biasanya reflect hati saya dengan harapan ia membantu orang lain yang turut ada cabaran yang sama.

Sebelum tidur, maafkan semua orang.

Saya pernah ditanya, habis tu senang lah keje, org yg buat salah tu senang2 je dimaafkan.

Bukan begitu maksudnya.

Ok kita marah kpd org yg buat kita marah.

Agak2 apa perasaan org yang kita marah tu? Padahal dia tak tahu pun kita marah dia.

Mesti lah dia tak rasa apa2. Dan dia hidup bahagia je.

Tapi kita rasa marah.

Bila kita rasa marah habis kacau mood hari tu, kerja semua terganggu.

Siapa yang kesian kat sini?

Diri kita sendiri lah yang kesian, sebab habiskan tenaga kat berasa marah dan mood sendiri terganggu.

Jadi memaafkan orang bukan sebab orang tu layak dimaafkan, tapi sebab kita layak untuk bahagia.

Maafkan lah, kerana ia membersih kolam jiwa kita, menguatkan magnet aura positif kita

Jom, sebelum tidur kita maafkan semua orang kerana Allah ^_^

Ya, saya akui bukan benda mudah nak maafkan orang, sebab itu jalan ke syurga itu payah.

Tiru Orang Yang Hebat

Saya bersyukur sebab Allah temukan saya dengan insan-insan hebat yang berjaya dalam dunia, tapi urusan kerohanian sangat di titik beratkan, macam mak nenek Shaklee saya dan Dr Azizan sendiri.

Bila saya lihat mereka, ujian yang perlu mereka hadapi walaupun dari anak murid sendiri, saya dapati, kalau nak berjaya, kita kena lalui ujian hati yang sangat getir.

Mereka ini dipandang sinis, difitnah, di salah faham dengan sangat dahsyat, dikutuk, semua itu semacam ujian yang normal buat mereka.

Pasti mereka secara peribadi pernah berasa sangat marah, kecewa, dendam, dan segala yang menguji hati.

Tapi macam mana mereka boleh maintain cool, senyum dan kekal positif?

Saya sedang melalui hanya sedikit, saya hampir putus asa.

Syukur suami ingatkan semula selepas program IMKK yang DAO ni suruh solat Dhuha dan Tahajud 8 rakaat setiap hari.

Rupa-rupanya, jawapan kepada menghilangkan rasa marah meluap-luap itu ada pada Allah.

Cara Menghilangkan Marah & Kecewa

Siang hari kita diuji.

Malam hari, kita hadapkan muka kita pada sejadah.

Solat Tahajud di waktu semua sedang tidur, di antara tengah malam dan subuh.

Subhanallah…..

Hadapkan lah diri kita dan seluruh masalah kita pada sejadah menghadap kiblat.

Angkat takbir, tutup semua dunia dari minda kita.

Dunia ini hanya ada kita, dan hanya ada Allah.

cara menghilangkan marah
Hanya kita, dan Allah

Solat lah fahamilah setiap bait Fatihah.

Ia sungguh teramat menenangkan.

Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata.

Solat lah hingga hati kita sejuk.

Sebab itu agaknya DAO solat sampai 8 rakaat sebab cabaran dia lebih mega besar dari saya.

Tengok lah, setiap program dia attract beribu orang, tak kira yang berbayar atau yang percuma.

Nak dapat aura yang macam tu, saya nampak hubungan dengan Allah pun kena kuat.

Seusai solat, mengadu lah sepenuh hati.

Menangis lah di hadapan Allah.

Mohon Allah rawat hati kita yang merana dan terluka.

Lupakan semua manusia di dunia ini.

Masa ini adalah masa kita berdua-duaan dengan Allah.

Dan anda akan dapat rasakan ketenangan dan semangat luar biasa datang seolah-olah anda tak pernah encounter situasi yang menggeramkan.

Percayalah, Allah akan bantu orang tersebut dan Allah akan rawat hati kita.

Termasuk lah masalah hati kita yang sedang marah dan susah nak maafkan orang tersebut
Termasuk lah masalah hati kita yang sedang marah dan susah nak maafkan orang tersebut

Kasihani Manusia Yang Menggeramkan

Manusia bersikap menjengkelkan bukan lah sebab kita sebenarnya.

Tapi sebab dia sendiri ada masalah tersendiri yang dia tak tahu nak uruskan macam mana, jadi dia sakiti hati orang lain.

Jadi kita yang terkena tempias nya, doakan yang baik-baik supaya insan tersebut tersedar dan kembali ke pangkal jalan.

Saya suka contoh Ustaz Ebit Lew. 

Dia selalu doakan kebaikan orang yang dia jumpa walau macam mana kotor maksiat orang tersebut.

Pernah sekali dia di uji dengan ujian yang memanaskan hati di airport Fireflyz, kes tiket apa tah.

Dia tak kutuk pekerja Fireflyz yang kurang membantu, sebaliknya dia kata ‘Saya sumpah mereka dan keturunan mereka menjadi pendakwah yang baik!’

See?

Doakan yang baik-baik kepada Allah.

Ok, ready to smile? ^____^

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

  1. betul tu deeja. kdg2 Allah uji kita dengan hati yg sakit sebab sikap orang lain. tp bila kita pikir ke arah positif, sebenarnya Allah nak kita sujud pada Nya, merayu hanya padaNya. masa tu kita betul2 menangis minta Dia dengar rintihan kita, lepas tu tak terkira nikmat yg kita dapat, Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini. kak tak jemu baca tulisan awak. keep it up sis 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *