Travel Essential

Cara Kami Light Packing Untuk Keluarga 3 Anak Kecil

Twin stroller wajib bagi kami. Beg baju satu yang warna merah. Bag pack satu untuk bawa diapers, etc masa berjalan-jalan. 

tips light packing untuk vacation travel family
Twin stroller, beg besar dan beg galas

Dulu Bawa Banyak Beg

Dulu masa first time datang Jepun, kami banyak bawa beg.

Bila bawa banyak beg, nak bergerak tu susah. Dengan anak berderet lagi, nak cari jalan lagi, serabut.

Akhirnya masa tu kami tinggalkan majoriti beg dekat hotel.

P.s : Syukur hotel memang benarkan untuk tinggalkan beg sebab nanti kami datang balik ambil. Kami hanya bawa jalan satu sahaja beg baju. Survive pulak.

So next time travel, kami dah pandai bawa satu beg baju je.

Kandungan beg light packing untuk keluarga bersama 3 anak kecil

Antara kandungan beg kami untuk guide kawan-kawan; kami bawa 3 anak kecil.

– Telekung dan kain pelekat wajib.

– 3 pasang baju seorang iaitu baju tidur sepasang dan 2 baju jalan. Macam saya dan suami baju je 3. Seluar satu je.

– Diapers bawa ala kadar sebab kat Jepun dapat lagi murah.

– Autumn/Winter jacket kami letak dalam satu beg asing. Beg ini seeloknya pilih yang boleh lipat. Nanti nak travel dari satu tempat jauh ke tempat yang lain, beg ini muat untuk simpan dalam beg besar tadi.

P.s : Waktu mula keluar dari flight kami masih pakai baju biasa sebab dalam airport jadi panas juga. Kami mula tukar autumn/winter jacket bila dah nak keluar dari airport.

Jadi tak perlu buka beg besar dah. Buka beg kecil tu je.

– Supplement letak dalam bekas kecil-kecil just in case tak sihat

Cukup Ke Baju?

Untuk memastikan baju cukup sentiasa, kami akan pilih penginapan yang ada mesin basuh. Kalau tiada mesin basuh, kami akan cari DIY Laundry yang berdekatan yang boleh siap sekurang-kurangnya 24 jam.

Setakat ini, alhamdulillah baju cukup. Malah biasanya berlebih.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kawan-kawan pun buat light packing semasa travel dengan keluarga? Boleh kongsikan cara anda?

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *