Set Kesuburan

Cara Mengira Waktu Subur

Saya pernah berada dalam situasi berusaha nak dapat anak semasa saya dan suami duduk berasingan atas faktor kerja; saya di KL, suami di Kerteh, Terengganu.

Bagi saya yang tak suka benda complicated, mengira hari subur adalah melecehkan.

Ye lah, kadang-kadang kita terlupa, atau tersalah kira.

Untuk wanita yang hari period tak tetap, lagi lah mencabar.

Cara untuk kira hari subur, atau lebih mudah, cara untuk menentukan waktu kita subur adalah mudah sebenarnya.

Syaratnya, kena rajin catat kat kalendar.

Bulatkan hari pertama period
Bulatkan hari pertama period

Kitaran haid wanita tak sama antara satu sama lain. Tapi kebiasaannya setiap wanita mempunyai kitaran 28-30 hari.

Cara nak kira waktu subur wanita

Hari pertama period di kira sebagai Hari 1.

Hari terakhir sebelum period seterusnya di kira sebagai HariΒ  terakhir.

Oleh kerana kitaran semua wanita tak sama, saya sertakan di sini panduan untuk mengira waktu subur wanita.

Panduan mengira waktu subur

Dalam kes ini, kita andaikan darah keluar selama 5 hari, jadi Hari 1-5: Period datang

  • Hari 1-5: Period datang
  • Hari 6-9: Darah kering tanpa lendir
  • Hari 10-12: Lendir melekit dan tebal dan mula menjadi nipis dan putih
  • Hari 13-15: Lendir menjadi nipis, licin, menegang, jernih, tekstur seperti putih telur.
    Ini adalah waktu paling subur.
  • Hari 16-21: Lendir menjadi melekit dan tebal semula
  • Hari 22-28: Kering

Kemudian proses berulang semula menjadi Hari 1.

Oleh kerana ramai antara kita tak pasti kitaran kita berapa hari, kita perlu kira semula dan mungkin mengambil masa 2-3 bulan untuk memastikan hari dalam kitaran kita.

Dari sini kita dah boleh rancang waktu terbaik untuk bersama suami iaitu waktu paling subur.

Kit untuk pastikan kiraan waktu subur

Anda juga boleh dapatkan kit untuk pastikan kiraan waktu subur di farmasi berdekatan.

Kit ini dikenali juga sebagai ‘Ovulation Kit’.

Ia seperti Kit Kehamilan, tapi bezanya ia membantu anda menentukan dan confirm kan, betulkah itu waktu subur anda.

cara kira waktu subur ovulation kit
Pinjam gambar dari Nurhazila.blogspot.com sebagai contoh sebab saya punya dah habis

Rupa sama macam pregnancy test.

Rupa macam pregnancy test, tapi fungsi berbeza
Rupa macam pregnancy test, tapi fungsi berbeza

Cara menambah kesuburan sewaktu waktu subur

Dah sampai waktu subur, macam mana nak pastikan sperma berjaya bertemu dengan telur?

Atau soalan yang lebih spesifik, macam mana nak tingkatkan kesuburan semasa datang waktu subur?

Waktu subur adalah waktu telur sedang matang.

Sperma memerlukan lendir rahim yang berkualiti dan sihat untuk menyokong dan melancarkan gerakan sperma supaya sperma terbaik boleh meluncur laju ke arah telur.

Set Kesuburan Wanita

Untuk itu Set Kesuburan Wanita di sediakan khas untuk wanita.

Namun begitu, set ini bukan untuk dimakan hanya semasa waktu subur.

Ia sebaiknya di ambil sebelum waktu subur untuk membantu tubuh kita menghasilkan suasana rahim yang subur.

Tubuh kita umpama kilang, perlukan masa untuk hasilkan sesuatu yang hebat πŸ™‚

Set ini mengandungi 3 jenis supplement.

GLA

GLA membantu menghasilkan lendir yang subur sewaktu waktu subur datang, terutama untuk wanita yang datang waktu subur, tapi lendir yang dihasilkan kurang subur.

Erm, faham kan? πŸ˜‰

Lendir ini penting kerana ia merupakan medium untuk sperma berenang laju ke arah telur dan untuk memastikan sperma kekal sihat dan cergas.

Bila sperma tangkas berenang, ia akan lebih cepat dan mudah ia sampai kepada telur dan lebih mudah untuk bersenyawa.

Lendir yang subur membantu sperma untuk hidup lebih 5 hari di dalam tiub fallopio dan rahim.

B Complex

B Complex membantu memanjangkan hari subur dan merangsang hormon progesterone iaitu salah satu hormon wanita.

Jika biasa hari subur 2 hari, ia berpotensi memanjangkan hari subur lebih dari itu.

Vitamin E

Meningkatkan kualiti lendir yang dihasilkan oleh rahim yang sekaligus memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim wanita.

Vitamin E juga meningkatkan potensi telur dan sperma yang telah bersenyawa untuk melekat di dinding rahim.

Cara mengira waktu subur dan set kesuburan wanita ini hanya sebagai usaha kita. Ia telah berjaya membantu ramai pasangan untuk menimang cahaya mata.

Tak rugi untuk anda mencuba πŸ™‚

Cara order Set Kesuburan Wanita

Harga set ini hanya RM 305 sahaja.

Untuk order, anda boleh hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *