produk hilangkan sakit berak berdarah semasa pantang
Berpantang | Buasir

Cara Hilangkan Buasir Selepas Bersalin. Kak Yan Dedahkan Rahsia Pulih.

Sembelit di kalangan ibu yang baru bersalin adalah fenomena yang normal. Saya pun teruk kena sembelit semasa pantang anak pertama. Puas dah makan macam-macam tetap tak hilang sembelit.

Sesetengah ibu bukan takat sembelit, tapi jadi buasir pula masa pantang. Buasir ini senang faham adalah berak berdarah.

Bukanlah najis itu yang berdarah. Kalau najis bercampur darah, maksudnya ia bukan buasir lagi dah, sebab darah datang dari dalam organ seperti usus. Itu dah penyakit lain.

Darah buasir ini adalah darah yang terhasil sebab salur darah pada lubang dubur terluka. Terluka ini pula sama ada jadi masa ibu meneran anak semasa bersalin, atau sebab sembelit yang sangat teruk.

Bila najis terlampau keras, kita paksa keluar, nanti macam batu kerikil yang melukai bahagian anus. Disebabkan paksaan meneran ini juga, otot sekeliling akan tertekan dan menghasilkan rasa macam bengkak – bengkak di situ.

Rasa bengkak ini juga ada masanya disertai dengan rasa gatal dan sakit.

produk hilangkan sakit berak berdarah semasa pantang

Seksa kan, dah lah baru bersalin nak sesuaikan diri dengan situasi pertambahan anak; tapi pada masa yang sama nak kena hadapi masalah buasir. Bertambah tak selesa nak menyusukan anak dan nak berehat semasa pantang.

Peka Emosi Ibu Pantang Yang Buasir

Para suami atau penjaga ibu pantang jangan ambil remeh bab ini.

Kalau buasir tak diselesaikan, boleh jadi salah satu sebab ibu stress dan meroyan dalam pantang. Ibu meroyan ini bahaya sebab secara tak langsung ia boleh membahayakan keselamatan ibu dan bayinya sendiri.

Banyak kan dah kes yang kita dengar di Malaysia berkaitan ibu pantang yang meroyan. Jadi, jangan buat tak kisah sebelum ia menjadi lebih parah dari yang di sangkakan.

Baiklah, mari saya kongsikan ada 4 cara untuk legakan sakit buasir ibu yang sedang berpantang.

4 Cara Melegakan Sakit Buasir

Jika ibu dah tak tahan sangat sakit, ibu disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Di samping itu, ibu juga boleh buat 4 langkah di bawah :

#1 : Legakan dengan ketul ais

Balut beberapa ketul ais dengan tuala. Tekapkan pada bahagian yang sakit dan rasa bengkak.

#2: Rendam dalam air suam

Jika rumah ibu ada bathtub, cuba ambil masa untuk rendamkan punggung ke dalam air suam. Cuba rendam 10 minit sehari.

#3 : Selang-seli sejuk dan panas

Ibu juga boleh cuba selang-selikan ais dengan rendam air suam. Mula-mula tekap lama bahagian sakit dengan ais. Kemudian rendam dalam air suam

#4 : Supplement Membantu Menghilangkan Buasir

Ibu pantang yang buasir turut digalakkan untuk amalkan supplement Set Buasir Shaklee supaya cepat pulih. Namun sebelum saya kongsikan apa ada dalam set ini, mari saya kongsikan pengalaman Kak Yan dan buasir selepas bersalin.

Berikut saya kongsikan pengalaman seorang ibu yang buasir selepas bersalin dan bagaimana beliau pulih.

Derita buasir Kak Yan berakhir

Kak Yang kongsikan :

Kak Yan baru lepas melahirkan anak, dan buasir datang. Lantas Kak Yan dapatkan Omega dan Vivix sebab tak tahan sakit.

Alhamdulillah buasir dalam 2 minggu je, selepas itu dah takde. Dia memang keluar selepas Kak Yan konsisten amalkan makan Vivix dan Omega.

Syukur.

produk hilangkan buasir selepas bersalin
Kak Yan dedahkan yang buasir beliau keluar selepas 2 minggu amalkan set buasir.

Bagaimana Vivix dan Omega Bantu Hilangkan Buasir Kak Yan?

Buasir berlaku sebab najis adalah keras dan susah untuk keluar. Ini turut menyebabkan otot di bahagian tersebut mula membengkak sebab kita paksa teran dan kemudian akan menjadi luka sebab najis keras.

Vivix membantu melembutkan najis supaya ia mudah keluar sekaligus membantu merawat luka yang berlaku di bahagian buang najis.

Secara peribadi, saya sendiri sangat suka dengan Vivix sebab ia melawas dan memang betul melembutkan najis.

Omega yang Kak Yan ambil pula berperanan untuk mengawal kembang kecut otot yang bertugas untuk mengeluarkan najis.

Insya-Allah, ibu bersalin yang sembelit pun boleh dibantu dengan Omega dan Vivix.

Cara Dapatkan Set Buasir Seperti Kak Yan

cara merawat berak berdarah semasa dalam pantang

Harga Set Buasir untuk hilangkan seksa buasir semasa membuang ini hanya RM 620.

Bila buasir makin pulih dan hilang, insya-Allah ibu berpantang akan lebih ceria dan ini sekaligus mengelakkan risiko meroyan.

Anda boleh dapat lebih penjimatan apabila daftar menjadi ahli Shaklee. Untuk dapatkan set ini, anda boleh terus hubungi saya seperti berikut :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/ Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *