Cara Nak Dapatkan Tiket Flight Murah
Saja lah nak kongsi kat sini, mana tahu masih ada kawan-kawan yang belum tahu 😉
Saya bukan lah frequent flyer, tapi kalau nak fly tu, saya akan pastikan flight tu adalah selesa dan paling penting jimat dari harga biasa.
Bukan tunggu jadi jutawan, then boleh travel tau.
Sapa ada mindset gini, jemput baca entry 6-tabung saya tentang pengurusan kewangan, lepas tu boleh sambung baca entry ni ^_^
Semuanya tentang how well kita urus kewangan.
Takrif selesa bagi saya adalah macam MAS, bukan Air Asia >_<
Jangan berkecil hati ya peminat Air Asia, saya tak cakap Air Asia tak bagus, cuma preference setiap orang berbeza, betul kan? 🙂
Lagipun adik saya sendiri bekerja di Air Asia, so, kita in peace ya ^_^
Cara nak dapatkan update tentang ticket murah jimat
Subscribe Website mas-airlines.com
Kalau ada special offer MAS, website ni summarize sesiap dan keluar dulu info berbanding official website yang kita jenuh nak kena cari satu-satu masa.

Compare Harga Antara Syarikat Penerbangan
Ada banyak website yang boleh tolong compare kan harga paling jimat, antaranya termasuk lah Skyscanner, Kayak dan Momondo.
Diorang ni compare pelbagai jenis penerbangan antarabangsa ke pelbagai lokasi.
Just key in kan kita dari mana hendak ke mana dan tarikh kita.
Boleh pilih nak economy class ke, economy premium class ke, business class ke, first class ke.
Flight Yang Menepati Citarasa
Kalau tak pasti flight mana yang setaraf MAS, saya akan bertanya kepada kengkawan traveller saya jugak, yang bukan backpackker ofkos (sekali lagi, backpackker jangan kecil hati ya 🙂 )
Memang ai suka nak merasa naik macam-macam jenis flight, tapi, ambil kira kerenah anak-anak syurga, ambil kira kerenah diri sendiri 😛
So, setakat ini dari review terhad:
Economy Class bagus : MAS, Singapore Airlines, Kak Kep suka Air Asia sebab landing smooth + suka nasi lemak nya 😛
Bisnes class: Cathay Pacific
Lupa dah adik saya cerita, tapi katanya KLM paling mirip MAS kalau nak selesa. (adik ai dok polen dan sudah travel satu Europe)
Ok, sekian saja perkongsian ai buat hari ini 🙂
Oh, lagi satu, kalau betul nak free ticket, especially nak free je duduk business class, anda boleh dapat dengan cara redeem enrich points, atau point yang flight tu guna – one world ke, apatah lagi.
Cara nak kumpul enrich points adalah dengan kerap travel – means bila nak book flight je, book as enrich members.
Ai dah terlepas one chance sebab terlupa nak login as enrich member. Sobs
Takpe, moga korang pun tak terlepas peluang ^_^
Sambung next time untuk Travelog Kota Kinabalu Sabah yang tak bersambung-sambung pun lagi ni 😛