Buah Pinggang

Cara Rawat Sakit Buah Pinggang Supaya Tak Perlu Dialisis

Buah pinggang adalah sepasang organ yang berfungsi untuk menapis darah dan membuang toksin dari badan melalui air kencing.

Toksin-toksin dalam darah wujud apabila kita kerap makan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya (contohnya seperti lambakan produk kecantikan dan produk cepat kurus di pasaran) dan kerap ambil ubat tahan sakit.

Kalau selalu sangat bergantung kepada ubat-ubat lain pun, boleh membuatkan banya toksin berkumpul. Ia bukan sekali makan terus buah pinggang rosak.

Tetapi bahan kimia merbahaya dalam kuantiti sedikit itu berkumpul bertahun-tahun dan sampai masanya, ia merosakkan buah pinggang.

buah pinggang cara merawat
Beza buah pinggang sihat dan buah pinggang rosak

 

Petanda Sakit Buah Pinggang

Selalunya orang yang ada masalah buah pinggang tak perasan yang mereka ada sakit buah pinggang sampai lah penyakit dah jadi kronik.

Ini normal sebab buah pinggang yang rosak memang tak beri amaran sehingga lah keadaan menjadi makin parah. 4 golongan yang berisiko sakit buah pinggang adalah :

  • Pesakit kencing manis (gula tinggi dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi
  • Mempunyai masalah berkaitan sakit jantung
  • Ada ahli keluarga yang pernah kena sakit buah pinggang

Antara petanda sakit buah pinggang yang kena check termasuklah :

#1 : Air kencing berbuih

Air kencing akan kelihatan berbuih macam buih teh tarik. Buih ini petanda banyak protein terlepas keluar melalui air kencing, padahal protein tu sepatutnya diserap ke dalam badan.

Ini petanda buah pinggang dah rosak – tak mampu menapis apa yang patut keluar dan apa tak patut keluar.

#2 : Kaki bengkak

Petanda lagi satu yang biasa adalah kaki menjadi bengkak. Bila tekan di bahagian yang bengkak tu, rasa lembik dan bahagian tu tak naik balik.

Ini berlaku sebab buah pinggang dah tak mampu untuk buang lebihan air yang sepatunya dikeluarkan. Jadi lebihan air dalam badan ini akan pergi ke kawasan seperti kaki.

#3 : Kerap letih

Buah pinggang yang sihat bekerja untuk hasilkan hormon yang dikenali sebagai EPO. Kerja EPO ini adalah untuk bagitahu badan supaya hasilkan sel darah merah yang mencukupi.

P.s : Sel darah merah penting untuk angkut oksigen untuk di agihkan dalam badan.

Apabila buah pinggang rosak, hormon EPO berkurang. Bila hormon EPO berkurang, badan dah tak dapat isyarat untuk buat sel darah merah.

Bila sel darah merah berkurang, badan dan otak akan cepat letih.

merawat sakit buah pinggang
Bila buah pinggang rosak, badan pun akan jadi letih

#4 : Kencing berwarna coklat atau merah

Buah pinggang bekerja untuk menghasilkan air kencing. Apabila buah pinggang rosak, maka air kencing akan berubah warna menjadi warna coklat atau warna merah macam ada darah.

Kadangkala pesakit akan rasa sakit semasa buang air kecil.

#5 : Gatal-gatal badan

Buah pinggang juga bekerja untuk buang toksin dari darah. Apabila buah pinggang rosak, toksin tak dapat di buang dengan sepatutnya, maka ia akan berkumpul dalam darah dan menyebabkan gatal-gatal badan.

Cara Rawat Buah Pinggang Supaya Tak Perlu Dialisis

Satu-satunya cara untuk rawat buah pinggang supaya tak perlu lalui lagi dialisis adalah dengan cara pemindahan atau transplant buah pinggang.

Namun begitu ini bergantung kepada ada atau tak ada penderma buah pinggang dan mengikut senarai menunggu penerima buah pinggang.

Buah pinggang boleh didermakan sama ada semasa hidup atau selepas kematian.

Derma Buah Pinggang Selepas Kematian

Ia hanya boleh dilakukan selepas kematian otak disahkan. 2 organ buah pinggang boleh didermakan kepada 2 pesakit yang memerlukan.

Penerima organ pula mestilah mempunyai jenis darah yang sama dan serasi dengan organ penderma

Derma Buah Pinggang Semasa Hidup

Ini pula hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti ahli keluarga yang dekat (frisst degree relative dan second degree relative), kembar seiras dan pasangan suami isteri,

Bakal penderma dan penerima buah pinggang turut perlu jalani ujian keserasian.

Penerima buah pinggang nanti perlu ambil rawatan imunosupresif seumur hidup sebagai langkah agar badan mereka tidak menolak organ buah pinggang baru tadi. Kalau tak ambil rawatan ini, dikhuatiri buah pinggang tidak dapat berfungsi dan menyebabkan pesakit terpaksa lalui semula dialisis.

Supplement Semulajadi Untuk Buah Pinggang Untuk Elak Dialisis

Dialisis dan tukar buah pinggang adalah di antara rawatan-rawatan terakhir untuk pesakit buah pinggang. Dialisis adalah proses di mana mesin buat kerja buah pinggang iaitu cuci darah dari toksin.

Kebiasaannya proses ini mengambil masa dari 2-4 jam dan ia dijalankan untuk pesakit yang buah pinggang mereka dah terlalu rosak – hanya berfungsi dalam lingkungan 10%.

Sebelum kerosakan buah pinggang menjadi lebih parah, di samping ambil ubat doktor, pesakit buah pinggang juga sangat di sarankan untuk konsisten amalkan supplement untuk bantu pemulihan semula buah pinggang.

Pastikan supplement adalah semulajadi dan pemprosesannya turut semulajadi

Tetapi awas, bila sakit buah pinggang ini, pesakit kena betul-betul pastikan yang supplement tersebut adalah semulajadi dan langsung tiada bahan kimia merbahaya walaupun sedikit.

Ini kerana buah pinggang itu rosak sebab banyak sangat toksin dari bahan makanan dan ubat-ubatan, jadi beri rehat lah pada buah pinggang dan perbaiki ia dengan bahan yang lebih selamat dan semulajadi.

Supplement yang terbaik untuk pesakit buah pinggang adalah Vivix dari Shaklee.

 

Apa itu Vivix

Vivix adalah supplement semulajadi yang diperbuat dari anggur muscadine. Anggur ini bukan yang kita biasa makan beli di kedai biasa. Ianya bersaiz sangat besar untuk sebiji anggur dan sangat payah dijumpai.

Anggur muscadine ini terkenal sebagai mempunyai daya tahan yang kuat dan tinggi terhadap agen yang merosakkan buah seperti kulat.  Mengambil sifat daya tahan yang kuat ini, anggur muscadine dijadikan salah satu bahan utama Vivix.

Vivix yang mengandungi anggur muscadine ini mengandungi polifenol yang berfungsi untuk baiki sel-sel yang rosak dan sebagai anti-oksidan untuk meneutralkan toksin-toksin sedia ada dalam badan supaya tidak mem-parah-kan lagi buah pinggang.

Vivix telah menjalani 350 ujian saringan bahan kimia merbahaya untuk memastikan yang ianya betul-betul selamat untuk di amalkan.

Namun begitu untuk nampak kesan, anda disarankan untuk sambil amalkan Vivix, sambil juga jaga makan mengikut saranan doktor untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

Pengalaman Pesakit Buah Pinggang

Ramai pesakit buah pinggang yang konsisten amalkan Vivix disahkan oleh doktor mereka yang mereka dah tak perlu jalani dialisis. Mari saya kongsikan perkongsian dari 3 pesakit buah pinggang :

Testimoni #1 : Ayah suspek buah pinggang rosak

Terkejut bila doktor maklumkan kemungkinan buah pinggang Ayah rosak dan akan jalani dialisis. Namun perlu tunggu ujian hospital.

Sebelum ni badan ayah selalu letih dan sakit belakang. (petanda sakit buah pinggang semakin kronik)

Saya duduk jauh dengan Ayah dan nak dangat Ayah kembali sihat. Jadi saya ikhtiar dapatkan Ayah Vivix untuk di amalkan setiap hari.

Alhamdulillah kini Ayah rasa lebih bertenaga, kurang sakit-sakit badan dan boleh teruskan solat jemaah di surau. Sekarang Ayah teruskan Vivix botol kedua dan sedang menunggu keputusan ujian.

-Encik Mohd

rawatan penyakit buah pinggang

Testimoni #2 : Tiada lagi protein dalam air kencing

Sebelum ini ada protein tuh dalam air kencing aku. Aku review 2 kali sudah, doktor bilang air kencing kutiada protein sudah. Doktor bilang pun good news.

-Puan Ani (bukan nama sebenar)

merawat sakit buah pinggang

Testimoni #3 : Kencing dah kurang buih

Setelah 3 minggu konsisten minum Vivix, alhamdulillah sakit-sakit badan dah berkurang. Air kencing pun kurang berbuih.

-Encik Man (bukan nama sebenar)

produk sakit buah pinggang

Setiap penyakit itu ada penawarnya. Insya-Allah anda boleh ikhtiar Vivix untuk

Cara Dapatkan Set Vitamin Bantu Buah Pinggang

Untuk dapatkan Vivix untuk ikhtiar elakkan dialisis, anda boleh hubungi saya seperti di bawah :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *