Cara Saya Ajar Muhammad Menulis Dan Terbukti Berkesan
Budak ni, kalau nak suruh dia menulis, kita kena rajin tulis depan dia dulu.
Action speaks louder than words gitew 😉
Detik awal Muhammad menulis
Muhammad mula pegang pen masa umur setahun lebih, ke tak sampai setahun. Lupa dah 😛
Sebabnya masa tu saya sangat selalu tulis alamat customer kat consignment note untuk Poslaju barang.
Secara tak langsung, Muhammad nak tiru.
Kalau bagi crayon ke, pensel ke, takmo tu. Nak pen juge T_T
Tips lembutkan tangan untuk menulis
Tips mak saya, kalau nak lembutkan tangan untuk mudah menulis, bagi dia main plastisin atau playdoh.
Kasi dia picit-picit, bentuk-bentuk kan plastisin tu.
Patut pun dulu mak rajin belikan kitorang plastisin. Tapi selalu sangat tercampur color. Huhu.
Budak masa bermain, dia belajar tau. So kasi anak kecik main semaksima mungkin kalau nak anak pandai.
Buku latihan menulis
Buku ni pulak kitorang beli kat Big Bad Wolf hari tu.

Alah tapi jumpa satu je. Kalau tidak, ingat nak beli satu adik dan satu Muhammad.
Bagus sangat sebab marker ni erasable. Lepas tulis, boleh erase.
Ada titik-titik, so kita ajar anak untuk follow titik.
Kalau kat Shah Alam hari tu, biasa mak buatkan titik atas kertas, pastu ajar Muhammad tulis ikut titik.
So buku yang ni ganti aktiviti tu, kira buku ni versi instant, tulis, padam, tulis balik.
Wahahaha.
Guna banyak kali pun boleh.
Perkembangan Muhammad
Alhamdulillah Muhammad dah mahir tulis huruf S.

Huruf-huruf lain, kita tak payah suruh.
Dia buka buku dan buat sendiri je.
Banyakkan buku dan bahan bacaan dalam rumah.
Moga anak kita jadi insan berilmu dan berperibadi tinggi bila dah besar nanti 😀
Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755
Wahhh awalnya….semoga anak saya pon cepat menulis…hihi