cara hentikan darah period yang berpanjangan
Period | Period panjang

Cara Saya Hentikan Darah Period Berpanjangan Tanpa Ubat Dengan Cepat

Period panjang memang merimaskan. Darah yang tak berhenti ni biasanya di panggil istihadhah. Kita boleh solat, tapi setiap kali mahu solat, perlu ambil wudhuk yang baru.

Ada banyak sebab darah keluar berpanjangan. Antaranya sebab hormon terganggu akibat stress atau sebab terlalu letih buat banyak kerja.

Selain dari ubat doktor, kita boleh ikhtiar betulkan semula hormon dan kitaran haid dengan program detoks parasit.

Apa itu parasit dan detoks parasit?

Parasit adalah seperti cacing, menyerap nutrien di dalam badan kita. Ia juga boleh mengganggu hormon wanita.

Bila sel dalam badan wanita tak cukup nutrisi, kemungkinan besar kita akan menghadapi pelbagai masalah kewanitaan seperti darah period berpanjangan, cyst, fibroid dan jerawat batu serta jeragat.

Detoks parasit pula adalah proses membuang parasit, telur parasit dan toksin.

Cara Saya Hentikan Darah Istihadhah Yang Panjang

Mari saya kongsikan pengalaman peribadi saya sendiri yang baru-baru ini menghadapi masalah seperti ini.

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari. 

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke – 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula. 

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke? Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut.

Lantas saya jumpa pakar sakit puan. Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.

cara hentikan darah period yang berpanjangan

Tak sanggup

3 bulan? Lamanya!

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.

Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.

Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Mula ikhtiar detoks & pantang makan

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa. Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.

Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

produk hentikan darah period berpanjangan dengan cepat
Keseluruhannya, vitamin ini semua yang saya ambil.

Seminggu nampak kesan

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.

Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.

Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.

Syukur alhamdulillah. Syukur.

Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.

Adakah perlu pantang pemakanan semasa proses detoks parasit?

Ya, sangat penting untuk kita pantang makanan yang menjadi makanan parasit. Contoh makanan parasit adalah gula putih dan tepung putih.

Jadi elakkan donut dan roti putih buat masa ini. Gula putih boleh digantikan dengan gula perang.

Betulkan kena elakkan kafein?

Ya anda perlu juga elakkan kafein buat sementara waktu untuk hilangkan darah period yang keluar berpanjangan.

Ini kerana kafein akan memberatkan organ hati yang sedang bekerja untuk membersihkan badan kita dari parasit.

Adakah set ini akan mendatangkan kesan sampingan yang lain?

Set ini adalah dari rangkaian jenama Shaklee. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan negatif. Vitamin dari jenama Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tiada bahan kimia berbahaya.

Ianya telah melalui ratusan ujian klinikal yang dijalankan oleh saintis bertaraf dunia. Klik link laporan klinikal bahan di dalam vitamin Shaklee untuk ketahui maklumat lanjut setiap bahan di dalam vitamin Shaklee.

Bagaimana saya mahu dapatkan Set Detoks Parasit seperti di atas?

Walaupun amalkan set vitamin untuk Detoks Parasit yang saya amalkan, anda juga perlu pantang gula putih, roti putih dan kafein.

Kalau malas nak telan banyak-banyak sekaligus, saya sarankan anda untuk ambil vitamin Vivix terus.

Vivix mengandungi resveratrol yang membantu untuk memperbaiki semula hormon sekaligus detoks badan. Ia turut membantu memberi kecergasan badan waktu kita lemah lesu akibat darah period tak berhenti pada tempoh yang panjang.

Namun anda tetap perlu berpantang makan walaupun ambil Vivix.

ubat period berpanjangan
Vivix membantu betulkan semula masalah period berpanjangan

Untuk dapatkan Vivix untuk hentikan darah period yang berpanjangan, anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah. Saya akan beri panduan cara makan yang sesuai dengan anda.

♥ MemSithy ♥
SMS/Whatsapp : 0128879897
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60128879897)
Shaklee ID : 919085

Similar Posts

7 Comments

  1. Salam , sy skrg mengalami keadaan seperti di atas pendarahan terlalu banyak smpai ada ketulan, tapi sy takde buat pemeriksaan . Boleh ke sy ambil VIVIX juga ??? Mohon bantuan, sebab sy sangat tak selesa setiap masa kena tukar pad dan pakaian dalan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *