Cara Simpan & Urus Stok Susu EBM

Saya kerap ditanya soalan-soalan tentang cara pengurusan stok susu ataupun juga dikenali sebagai EBM. Antara soalan yang selalu diajukan:

  1. Kalau susu beku yang dah dikeluarkan, boleh ke nak bekukan balik?
  2. Kalau bayi minum tak habis, boleh ke simpan & panaskan semula?
  3. Macam mana nak cairkan & panaskan susu EBM yang dah beku?

Di sini saya sertakan jadual ringkas yang diambil dari website Kelly Mom untuk membantu anda ingat tempoh masa penyimpanan susu EBM. Boleh print dan tampal pada di peti air masing-masing ya 🙂

Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM

Jadual di atas boleh dirujuk di website KellyMom dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Tips Tambahan Cara Penyimpanan Susu Perahan

1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik Yang Kecil

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.

Contoh kaedah menyimpan susu perahan ataupun juga dikenali sebagai EBM

Contoh plastik penyimpanan susu perahan

Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

Boleh juga merujuk WikiHow tentang tiga cara untuk menyimpan susu EBM 🙂

2. Catat Tarikh Setiap Perahan

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. Cara Panaskan Susu Perahan

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

Cara Memanaskan Susu EBM Dengan Kaedah Rendaman

Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.

Jemput juga membaca empat cara untuk memanaskan susu perahan daripada WikiHow 🙂

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda rasakan entri ini bermanfaat, silalah tekan butang “Share” di bawah yer 😀

Kisah Puan Farah Yang Panik Sebab Stok Susu Tak Cukup

Just in case ada pembaca yang ada masalah stok susu tak cukup, boleh ikuti kisah dan pengalaman Puan Farah.

Beliau pun pernah panik sebab susu tak cukup dan beliau dah nak kena masuk ofis balik.

Jika anda telah pun mempraktikkan tips-tips di atas, namun masih mengalami masalah susu yang kurang, anda boleh cuba Set Penyusuan Shaklee, sama seperti Puan Farah.

set penyusuan Shaklee

Set Eksklusif Penyusuan Shaklee

 

Vitamin-vitamin di dalam set ini adalah untuk kegunaan 1-3 bulan.

Bagaimana Set Penyusuan Ini Bantu Banyakkan Susu Ibu?

Set ini membantu merangsang penghasilan susu ibu dengan cara membantu meningkatkan semula mood ibu – sebab susu hanya lancar jika ibu ceria.

Ia juga membantu ibu untuk kekal cergas bertenaga walaupun perlu memerah susu setiap 2 jam sekali.

Ibu yang kekal cergas merangsang otak untuk menghantar isyarat untuk hasilkan lebih banyak susu.

Set Penyusuan Shaklee ini juga membantu merangsang pengisian semula payudara dengan susu selepas ibu mengosongkan susu setiap 2 jam.

 

Cara Dapatkan Set Penyusuan Shaklee

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee seperti yang Puan Farah di atas amalkan, harga biasa adalah RM 572.90

Anda boleh dapatkan penjimatan dengan dapat harga ahli apabila terus mendaftar sebagai ahli.

Harga termasuk yuran keahlian Shaklee adalah RM 539.10

Hubungi saya untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

One Response

  1. Denaihati 12 November 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares