buat duit secara online
Bisnes Dari Rumah | Bisnes Secara Online

Cara Surirumah Jana Pendapatan 4-Angka Dari Rumah

Sejurus selepas tamat belajar di Universiti Teknologi Petronas, alhamdulillah saya di terima untuk berkhidmat sebagai eksekutif di syarikat minyak negara, iaitu Petronas.

Pejabat saya waktu itu di Menara berkembar KLCC. Memang teruja.

Bekerja memang seronok, cuma nya bila dah mula berkahwin, saya rasa nak bersama suami saya. Waktu itu suami saya juga bekerja Petronas, tetapi sebagai jurutera di Kerteh, Terengganu.

Kami hanya bertemu di hujung minggu sahaja. Walaupun ramai wanita yang mungkin memilih untuk teruskan kerjaya, tetapi saya ambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai surirumah.

Alhamdulillah suami saya memang sangat setuju. Rupa-rupanya beliau memang sejak zaman belajar mencari calon isteri yang mahu duduk rumah.

Cerita panjang yang dipendekkan, walaupun saya seorang surirumah, saya mencari cara bagaimana untuk jana pendapatan dari rumah. Boleh dikatakan saya agak ‘peer pressure’ dengan kawan-kawan yang boleh ada pendapatan sendiri.

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu dengan sebuah perniagaan yang sesuai dengan kondisi saya sebagai surirumah – sibuk dengan kerja rumah tetapi mampu beri pulangan lumayan bila kita sendiri berusaha keras.

2 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Ada banyak bisnes yang tumbuh bak cendawan di zaman ekonomi gawat sekarang.

Ramai orang mula mencari pendapatan sampingan sebagai back-up in case kena buang kerja, dan sebagai top-up kepada gaji sedia ada sebab harga barang asyik naik.

Tapi untuk surirumah yang pemalu, kadangkala kita segan nak tegur orang, kan?

Hari ini saya kongsikan 2 cara paling mudah untuk jana pendapatan melalui medium online :

buat duit secara online
Modal hanya laptop dan smartphone. Untuk permulaan ini, tak perlu jenama mahal pun takpa, asal boleh jalan.

#1 : Berkongsi di blog

Anda sekarang sedang masuk blog saya dan baca perkongsian saya. Jadi, ini adalah blog.

Blog menarik sebab bukan kita cari orang, tapi orang yang cari kita. Sebagai contoh tadi anda taip “cara jana pendapatan online” Kemudian anda terus jumpa blog saya.

Contoh yang lain, jika anda mahu cari ubat hilang jerawat, anda pasti akan taip ‘cara hilangkan jerawat’, betul?

Kemudian Google akan hidangkan anda beberapa laman web yang akan beri solusi kepada anda. Laman web itu semua sebenarnya berpotensi menjana pendapatan, lebih-lebih lagi kalau mereka tawarkan produk untuk hilangkan jerawat.

#2 : Berkongsi di Facebook

Facebook personal bukan lah untuk menjual barang. Baru-baru ini kawan-kawan saya berkongsi yang pemilik Facebook mula audit post yang berbaur jualan.

Tetapi jika kena gaya, anda boleh hasilkan jualan lumayan hanya menggunakan Facebook Personal.

Mesti anda sedang berteka-teki, bisnes apa yang saya buat?

Saya sedang buat bisnes yang berkaitan dengan produk kesihatan, iaitu bisnes jual supplement Shaklee. Bisnes ini saya mulakan di Facebook pada hujung tahun 2012.

Kemudian selepas berjaya jana 4-angka (melebihi gaji saya di Petronas dulu, alhamdulillah), saya mula konsisten berkongsi kebaikan Shaklee di blog.

4 Sebab Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Anda

Bisnes makanan adalah salah satu bisnes yang dipanggil ‘evergreen’. Tak kira ekonomi naik atau jatuh, orang tetap nak kena makan. Betul betul?

Begitu juga supplement. Biasanya rakyat Malaysia cari supplement bila dah sakit, bukan semasa sihat.

Bila ekonomi jatuh macam sekarang, bertambah ramai rakyat Malaysia yang bertambah sakit sebab stress. Jadi bertambah ramai prospek untuk bisnes ini jika kena caranya.

Mari saya kongsikan 5 sebab bisnes Shaklee bersama saya adalah terbaik untuk anda.

1/ Untung tambahan

Kalau bisnes biasa, kita jual barang, kita dapat untung runcit. Dah.

Tapi bisnes Shaklee, kita jual barang, tapi kita juga dapat kumpul point barang yang kita jual tadi. Point ini kalau kumpul, kalau cukup sekian jumlah, Shaklee akan bank in cash bonus.

Jadi, untungnya bisnes Shaklee ini adalah = untung runcit + cash bonus dari Shaklee

2/ Bantu orang sihat dengan produk terbaik

Bisnes Shaklee juga menarik sebab dengan menjual supplement, kita sebenarnya sedang bantu orang untuk kembali sihat semula.

Tambahan pula produk kesihatan Shaklee ini bukan lah sekadar di bancuh di belakang rumah. Setiap produk Shaklee wajib melalui 350 ujian saringan bebas dari bahan kimia.

cara buat bisnes secara online
Ujian makmal yang perlu dilalui oleh bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam produk Shaklee. Bukan calang-calang.

Produk Shaklee juga mempunyai barisan doktor dan saintis ternama di peringkat antarabangsa. Jadi jika ada apa-apa yang berlaku semasa pengguna ambil produk, kita boleh rujuk kepada yang betul-betul pakar.

3/ Support Group Yang Kuat

Group kami juga mempunyai support system yang kuat.

Selepas anda selesai task pertama, anda akan terus di masukkan ke dalam Group iReach FB yang mempunyai lautan ilmu, motivasi, poster produk yang cantik-cantik dan poster testimoni yang terbukti berkesan.

jana pendapatan onlilne dari rumah
Antara koleksi poster dan testimoni terbaru

Semua ini bertujuan untuk membantu ahli baru untuk cepat melonjak dan terus jana 4-angka yang pertama

4/ Mentor Yang Proven

Salah satu ciri bisnes yang kuat dan kukuh adalah mentor bisnes terbukti dah berjaya capai apa yang di tulis atas kertas.

Secara peribadi alhamdulillah masuk tahun ini saya dah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bisnes Shaklee. Saya pernah merasa zaman kegemilangan Shaklee, zaman kejatuhan, dan zaman naik semula.

Alhamdulillah juga bonus Shaklee yang kami dapat pernah digunakan untuk pelbagai kegunaan keluarga. Antaranya termasuk :

  1. Sara keluarga waktu suami baru mula-mula resign kerjaya di Petronas
  2. Deposit kereta mertua sebanyak 5-angka
  3. Melancong ke Jepun

Terbaru insya-Allah kami merancang ke Eropah. Nanti kan update saya 🙂

Insya-Allah saya sangat komited untuk bantu anda, jika anda juga komited untuk ubah diri anda. Anda berminat untuk sertai saya buat bisnes Shaklee?

Teruskan membaca.

Cara join untuk buat bisnes Shaklee

Untuk buat bisnes Shaklee, anda hanya perlu isikan maklumat di borang Daftar Jadi Ahli Shaklee.

P.s : Yuran pendaftaran hanya RM 79.50 (untuk alamat di Semenanjung) dan RM 91 (untuk alamat di Sabah atau Sarawak)

Kemudian saya akan maklumkan Task Pertama untuk anda selesaikan sebagai syarat layak masuk Group sokongan iReach. (juga sebagai tanda anda betul-betul komited dan serius untuk memulakan bisnes)

Jangan risau, task ini mudah sangat.

Jika ada sebarang soalan atau nak beli vitamin Shaklee sekali dengan daftar jadi ahli, anda boleh terus hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 695 3317
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60196953317)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *