Bisnes Dari Rumah

Kisah Pencarian Bisnes Terbaik Untuk Surirumah Yang Berdaya Saing Tetapi Pemalu

Lebih kurang 7 tahun yang lepas, saya telah buat sebuah keputusan yang agak besar bagi seorang lepasan graduan dari Universiti Teknologi Petronas.

Keputusan tersebut adalah melepaskan kerjaya eksekutif di syarikat minyak negara dengan gaji yang agak besar untuk fresh graduate.

Ini semata-mata untuk merealisasikan impian saya sendiri iaitu mahu menjadi surirumah sepenuh masa.

Saya sentiasa seronok waktu saya sekolah dahulu, mak saya sentiasa ada di sisi saya dalam keadaan susah mahupun senang.

Mak sentiasa sambut kami adik-beradik dengan masakan yang sedap-sedap dan mak juga lah yang ajar saya setiap subjek yang saya belajar di sekolah sehingga boleh kata saya rasa saya cemerlang di sekolah sebab mak tidak putus asa mengajar saya sendiri di waktu malam.

Jadi saya mahu jadi yang sama untuk anak-anak saya.

Alhamdulillah suami saya memang lebih suka kan saya menguruskan rumah berbanding keluar bekerja di pejabat.

Mula Cari Aktiviti

Waktu mula berhenti, saya sedang mengandung anak pertama. Mula-mula macam seronok sebab tidak perlu bersesak dalam LRT dan bas.

Tidak perlu bawa kerja balik rumah. Tidak perlu fikir apa boss mahu saya buat dan nak kena pakai baju apa hari ini.

Masalah wanita bekerja sejagat – setiap hari mesti kena fikir nak pakai baju apa, betul kan?

Tidak lama selepas bahagia duduk di rumah, saya mula ligat fikir aktiviti apa mahu buat.

Selain melengkapkan diri dengan ilmu bersalin dan penyusuan, saya mula terbuka hati untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.

Sejarah Permulaan Bisnes Dari Rumah

Dipendekkan cerita, akhirnya saya jual buku kanak-kanak secara online, iaitu perniagaan Islamic Books for Kids.

Jualan buku Islamic Books for Kids adalah sangat memberangsangkan sehingga kami mempunyai ramai ejen dan cecah keuntungan bersih 5-angka.

Namun sampai satu tahap, saya rasa sangat letih.

Ya lah, semua atas saya sebagai pemilik bisnes.

Saya perlu sediakan stok, saya perlu pos barang, saya perlu memotivasikan ejen dan banyak lagi.

Saya letih.

Mahu berhenti

2 tahun kemudian saya mengandung anak kedua. Dek kerana tak larat nak buat semua, saya terus beritahu suami yang saya mahu berhenti.

Tetapi permintaan sangat banyak.

Oleh kerana saya tidak mahu menghampakan permintaan pelanggan, saya minta suami bantu untuk sambung uruskan.

Syukur walaupun suami saya sedang bekerja, beliau hebat menguruskan bisnes ini.

Waktu ini lah suami saya banyak bereksperimen dengan bisnes versi boleh jalan sendiri.

Ya lah, waktu kerja pejabat perlu fokus kerja pejabat sahaja. Tapi kalau ada orang mahu tanya tentang buku pada waktu itu, macam mana?

Suami saya memang hebat bab automate ini.

Bisnes mak-mak

Tiba-tiba saya terdetik hati mahu cuba bisnes Shaklee.

Kebetulan saya memang makan vitamin Shaklee semasa pantang anak pertama untuk badan bertenaga.

Memang saya suka betul dengan kesan vitamin Shaklee.

Apa yang saya tahu, bisnes Shaklee ini agak mudah urus berbanding bisnes buku.

Pos – Shaklee buat. Saya hanya perlu place order, dan selebihnya Shaklee tolong poskan.

Stok – Kalau tak nak simpan stok pun tak mengapa, kecuali produk itu high demand pada saya yang biasanya orang akan minta mahu cepat.

Motivasi ejen (anak buah) – Saya buat bersama dengan bantuan upline-upline saya. Saya tidak keseorangan.

Kerja saya – berkongsi kebaikan produk dan pastikan lebih ramai orang ketahui tentang kebaikan vitamin Shaklee.

Ya. Itu sahaja.

Bisnes Untuk Orang Pemalu

Medium yang saya gunakan untuk berkongsi hanya lah medium online iaitu blog dan kadangkala Facebook.

Memang sesuai sangat untuk saya yang sangat pemalu.

Sekarang ini majoriti jualan saya datang dari blog.

Jika saya mahu jualan yang lebih banyak, saya perlu lebih kerap menulis di blog dan seterusnya promosi blog saya.

P.s : Cara promosi blog akan saya kongsikan dengan anda selepas pendaftaran menjadi ahli Shaklee.

Alhamdulillah pernah saya sumbangkan RM 10,000 untuk digunakan sebagai deposit beli kereta untuk keluarga mertua.

Pendapatan dari Shaklee juga membawa kami sekeluarga berjalan satu Malaysia seperti ke Bentong di Pahang (suka sungguh air terjun Chamang), belanja anak-anak tengok gajah di Kuala Gandah, Pahang; bahkan sehingga ke perbelanjaan Jepun pun pendapatan Shaklee beri sumbangan.

Shiretoko, Hokkaido.

Namun begitu, untuk dapat hasil yang lebih, kerja pun perlu lebih keras.

Bijak atur masa

Oleh kerana saya berhenti kerja adalah bertujuan untuk meluangkan masa yang lebih dengan keluarga, jadi saya perlu susun supaya gerak kerja bisnes agar hanya berlaku waktu anak-anak tidur atau anak-anak sibuk bermain dan beraktiviti.

Tips Jana pendapatan dari rumah untuk surirumah
Buah hati yang ini, kalau siang tak tidur memang wajib layan dia.

Usahakan bisnes dengan bersungguh agar berbaloi waktu tidur lewat atau bangun awal pagi.

Saya juga sentiasa cabar diri saya untuk mesti jadi lebih baik dari bulan lepas.

Dulu Saya Juga Rasa Mustahil

Dulu, bercuti ke luar negara dengan mewah adalah sesuatu yang mustahil buat saya.

Dulu, uruskan rumahtangga dan anak-anak sambil jana pendapatan lumayan, mustahil buat saya.

Dulu, bermalam di hotel mewah seperti hotel Concorde juga mustahil bagi saya.

Tetapi sekarang tidak lagi.

Saya cabar diri saya untuk ubah yang mustahil supaya jadi tidak mustahil.

Allah bagi saya akal dan impian, bukan untuk buat saya sedih dan hanya berangan.

Tetapi untuk saya berusaha sehabis baik dan sebagai salah satu cara untuk Allah tunjukkan, bagi Dia, tiada yang mustahil, dengan syarat saya sendiri berusaha dan percaya pada-Nya.

Anda juga mampu. Anda juga boleh dapat apa yang saya dapat.

Izinkan saya untuk guide anda capai apa yang saya capai menerusi bisnes Shaklee.

Mahu tahu bagaimana bisnes ini boleh membantu anda jana pendapatan?

Klik Langkah Mula Bisnes Shaklee.

Jumpa anda di puncak kejayaan! 🙂

Khadeejah Hasmad
Dreams Fighter!

Email : [email protected]

Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 695 3317

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *