Tips Tambah Selera Makan
Meal Shakes

Muhammad Makin Berselera Makan – Bestnya!

Adakah anak anda susah sangat nak makan sampai perlu dipaksa-paksa? Kalau makan pun, biasanya sikit sangat? Saya faham masalah anda sebab saya juga dulu menghadapi masalah yang sama… Sehinggalah saya perkenalkan Meal Shake kepada anak saya, Muhammad 🙂

Muhammad semakin berselera makan selepas diberikan Meal Shakes selama 2-3 minggu
Muhammad menghabiskan nasi dengan berselera!

Oh, sebelum itu, jom ikuti perkongsian Puan Sylvia mengenai masalah anaknya yang susah nak makan dan kerap sakit di taska:

[vimeo id=”110570049″ width=”600″ height=”340″ position=”center”]

Muhammad Makin Berselera Makan!

Biasanya kalau Muhammad demam, batuk atau selsema, memang kami kasi dia minum OmegaGuard yang digabungkan dengan Meal Shakes. Alhamdulillah dalam beberapa hari, insyaAllah Muhammad sihat & ceria seperti biasa 🙂

Oh, kami juga plan nak campur Meal Shakes dengan susu Anmum Essential untuk Muhammad sebab nak try wean off Muhammad daripada susu Pediasure Chocolate yang agak mahal 😛

Dengan nutrisi yang lengkap, selera makan anak akan meningkat
Meal Shakes Shaklee (kereta mainan sekadar hiasan…)

Alhamdulillah sangat… Tak sampai sebulan dengan Meal Shakes, perubahan yang kami nampak pada Muhammad;

1. Selera makan dia bertambah-tambah!

Biasanya nasi dia makan kosong dengan kicap jer. Kalau ada ikan, banyak sikitlah dia makan. Alhamdulillah sekarang dia dah boleh makan ayam 😀 Daging pun sekali sekala dia boleh terima…

Dulu kalau makan pun, sikit sangat. Dalam suku pinggan gitu. Sekarang kalau makan, lebih kurang separuh pinggan jugak la. Tak perlu paksa-paksa bagai…

2. Senang Tidur Awal

Dulu kalau nak tidurkan Muhammad nih sangatlah mencabar. Kadang-kadang sampai kul 12 malam pun tak reti nak tidur. Letih kita dibuatnya :'(

Alhamdulillah lepas minum Meal Shakes dalam 2-3 minggu, nampak perubahan ketara pada Muhammad. Dia dah boleh tidur sendiri waktu malam tanpa di paksa-paksa. Dalam pukul 10++ dah lentok 🙂

Bagaimana Meal Shakes Membantu Tambah Selera Anak?

Kebiasaannya, masalah kurang selera makan dikalangan kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan zat & nutrisi tertentu.

Buku ini menerangkan sebab-sebab anak kurang selera makan
Buku yang menjadi sumber rujukan saya 🙂

Berdasarkan buku “What’s Eating Your Child“, tulisan Kelly Dorfman, seorang nutritionist terkemuka, kekurangan nutrisi berikut boleh menyebabkan selera makan anak terganggu:

  • Vitamin B Complex
  • Fosforus
  • Zat Besi
  • Zinc

Disinilah Meal Shakes Shaklee memainkan peranan 🙂

Meal Shakes merupakan sejenis minuman berprotin yang diperkaya dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Dengan memberikan anak nutrisi yang lengkap, selera makan anak akan bertambah insyaAllah 😀

Adakah Meal Shakes Boleh Menyebabkan Obesiti?

Jangan risau… Anak-anak takkan obes selagi mana kita mengawal pemakanannya. Obesiti terjadi bila kita bagi terlalu banyak makanan rapu yang tak bernutrisi. Sebab tu kami memang ban makanan rapu di rumah.

Kalau orang bagi Muhammad sekalipun, kami akan simpankan dan buang. Untuk kebaikan anak jugalah kan? 😉

Makanan rapu tak mengenyangkan anak, malah mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang tak baik untuk otak dan kesihatan dan seterusnya menyebabkan obesiti.

Nak tau lagi tips tambah selera makan anak? Klik –> 5 Tips Bagi Anak Berselera Makan

Berminat Mendapatkan Meal Shakes Shaklee?

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi saya di nombor yang tertera ataupun isikan saja Contact Form di bawah 🙂

Pengedar Shaklee Terengganu, Malaysia[contact-form-7 404 "Not Found"]

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *