KWSP

Cara Tukarkan Akaun KWSP Konvensional Kepada Patuh Syariah

Saya baru tahu tentang akaun KWSP boleh di tukar kepada KWSP patuh syariah beberapa minggu lepas melalui Group Whatsapp keluarga.

Alhamdulillah dah berjaya tukar kepada KWSP patuh syariah.

wp-image-605288888jpg.jpg

Mudah sahaja:

  1. Pergi ke pejabat KWSP
  2. Maklumkan yang anda mahu tukarkan kepada akaun patuh syariah.
  3. Tak sampai 10 minit, siap.

Kami kebetulan berada di Pekan, Pahang semalam untuk urusan kerja.

Alhamdulillah pejabat KWSP Pekan tidak ramai orang dan urusan mudah.

Apa maksud akaun KWSP Patuh Syariah? 

Saya kongsikan dalam bahasa mudah faham ya.

wp-1472121638613.gif

Bila duit gaji kita masuk KWSP, duit itu akan beranak-pinak.

Bagaimana duit tersebut bertambah?

Pihak KWSP buat pelaburan ke beberapa syarikat terpilih menggunakan duit tersebut.

Bila ada untung, kita dapat duit yang beranak.

Untuk akaun KWSP Konvensional, syarikat yang terpilih tidak semestinya patuh syariah.

Jadi ada sedikit kegusaran di situ.

Untuk akaun KWSP Patuh Syariah, syarikat yang terpilih untuk pelaburan adalah patuh syariah.

Walau bagaimanapun, KWSP tidak bayarkan zakat untuk pelaburan yang mereka lakukan.

Kita sendiri perlu bayar zakat selepas kita keluarkan nanti.

Jadi, mari sama-sama ke pejabat KWSP berdekatan untuk tukar kepada akaun KWSP Patuh Syariah 🙂

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *