Cara Ubati Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut kalau gugur sikit-sikit saya boleh tahan lagi. Tapi kalau dah macam penuh satu tangan tu, rimas juga lah.

Lagi-lagi lah kalau rambut panjang. Serabut mata tengok, belum lagi nak kena sapu dan bersihkan.

Rambut kalau gugur waktu kita shampoo atau sikat rambut, ia masih kategori normal sebab waktu tu rambut sedang dikerjakan. 

Ye lah sikat dan shampoo kan kita pegang rambut. Sehari di anggarkan 100 helai rambut mesti gugur.

Tapi kalau masa tidur pun rambut gugur, atau kita pegang sikit pun dah gugur, itu ada lah masalah tu.

Macam saya ni, rambut gugur dengan sangat banyak lepas bersalin, rupa-rupanya sebab saya tak ambil berat bab penjagaan rambut.

cara atasi rambut gugur selepas bersalin

Sekali sikat terus banyak rambut gugur

Rambut mula gugur selepas habis pantang

Dalam lebih kurang selepas 2 bulan bersalin anak keempat, saya perasan rambut saya sangat banyak gugur.

Kalau belai sikit rambut, mesti penuh satu tapak tangan.

Saya rimas sebab rambut gugur tu semua buat sepah lantai dan katil. Saya tak suka tengok. Serabut.

Jadi saya ambil keputusan untuk potong saja rambut dan dapatkan rawatan di kedai rambut.

Alhamdulillah bagus kedai rambut muslimah ni sebab tukang potong rambut banyak ajar saya cara jaga rambut yang baik.

Cara Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

4 langkah penjagaan rambut selepas bersalin supaya tak banyak rambut gugur:

#1 : Pertama sekali perihal shampoo.

Kalau shampoo jenis scalp treatment, memadai seminggu shampoo 2 kali sahaja 

#2: Kemudian perihal conditioner.

Jangan sesekali kena kan conditioner kepada kulit kepala. Nanti kulit kepala terlalu berminyak dan menyebabkan rambut bertambah banyak gugur.

#3: Ketiga mengenai cuci rambut.

Elakkan cuci rambut guna air panas. Air panas ni mandi badan ok lah.

Tapi kalau basuh rambut, cuci lah guna air sejuk.

#4: Rawatan dalaman

Rambut yang keluar sama ada lembut atau kasar juga bergantung kepada nutrisi dalam badan kita cukup atau tidak.

Kesihatan kulit kepala juga penting sebab kulit kepala adalah tapak untuk rambut kuat dan tak mudah gugur. Jadi kena jaga secara dalaman.

Saya tahu masalah rambut gugur selepas bersalin juga di sebabkan oleh hormon yang masih tak stabil selepas bersalin. Sekurang-kurangnya hormon dalam badan Mama mengambil masa 6 bulan untuk kembali seperti sediakala.

Tapi saya juga tak tahan tengok rambut bersepah.

Jadi untuk rawatan dalaman khas untuk atasi masalah rambut gugur selepas bersalin, saya amalkan supplement (vitamin)

Supplement untuk Penjagaan rambut dari dalaman

Secara dalaman untuk pastikan kulit kepala dan rambut kekal sihat dan tak mudah gugur walaupun lepas bersalin, saya amalkan Set Rambut Gugur Selepas Bersalin. Set vitamin ini terdiri daripada :

  • ESP 
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Omega Guard

cara ubati rambut gugur selepas bersalin

 

3 Langkah Penjagaan Dalaman Untuk Rambut Gugur

Set ini bertindak melalui 3 langkah penting untuk mengurangkan rambut gugur lepas bersalin.

Langkah #1: Pastikan rambut sihat dan kuatkan akar rambut

Rambut yang kuat tak akan mudah gugur. Rambut yang kuat juga tak bercabang dan kelihatan hitam cantik.

Akar rambut juga mesti kuat supaya rambut yang sihat tadi tak mudah jatuh.

Jadi untuk hasilkan rambut yang sihat dan kuat, badan kita perlukan protein. Protein merupakan salah satu bahan penting menghasilkan rambut sihat.

ESP membekalkan protein.

ESP ini bertindak untuk menghasilkan rambut yang kuat serta menguatkan akar rambut. 

Vitamin C pula penting untuk mengelakkan rambut jadi kering atau bercabang.

Rambut kering dan bercabang ini pun mudah gugur.

Langkah #2: Kuatkan saraf di kulit kepala

Saraf di kulit kepala juga mempengaruhi pertumbuhan rambut yang sihat.

Oleh itu saya ambil B Complex untuk perbaiki saraf-saraf dalam kepala supaya rambut mudah keluar dan tumbuh dengan sihat.

Langkah #3: Kuatkan kulit kepala

Kulit kepala sebagai tapak untuk rambut tumbuh. Kalau rambut yang dihasilkan itu kuat, akar pun kuat, tapi kulit kepala tak sihat; rambut tetap banyak gugur.

Umpama kita nak tanam pokok dalam tanah. Kalau tanah tu poroi, pokok pun tak dapat tumbuh elok.

Jadi jaga kesihatan kulit kepala adalah sangat penting.

Saya amalkan Omega Guard untuk ini.

Omega Guard untuk seimbangkan lembapan di kulit kepala supaya tidak terlalu berminyak dan juga tak terlalu kering.

Puas hati tiada lagi rambut gugur bersepah

Alhamdulillah lega betul dalam masa tak sampai seminggu amalkan Set Rambut Gugur Selepas Bersalin, nampak kadar rambut gugur saya semakin berkurangan.

Tiada lagi asal pegang rambut, rambut gugur.

Tiada lagi rambut tiba-tiba penuh di bantal atau di katil.

Tiada lagi asyik kerja nak kutip rambut dan sapu rambut gugur atas lantai.

Syukur Alhamdulillah.

Saya masih juga teruskan pengambilan Set Rambut Gugur Selepas Bersalin sebagai langkah pencegahan supaya badan saya cukup nutrisi dan rambut tak lagi gugur.

Kalau Mama nak cuba Set Rambut Gugur Selepas Bersalin macam yang saya amalkan ini, boleh hubungi saya:

Khadeejah Hasmad 

Whatsapp : 019 477 3457 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares