Lake Brienz

Cara Untuk Cruise Ke Lake Brienz di Interlaken, Switzerland

Interlaken bermaksud di antara dua tasik. Bandar ini memang terletak betul-betul di antara 2 tasik yang sangat besar iaitu Tasik Brienz dan Tasik Thun.

Untuk cruise ke Tasik Brienz, anda perlu ambil train dan berhenti di train station Interlaken OST. Dari sini hanya jalan kaki 300 m ikut arah gambar boat.

Nanti turun dari platform memang akan nampak gambar boat.

Cruise Tasik Brienz akan melalui beberapa hentian. Yang ini saya tak ingat hentian apa. Hentian terakhir adalah di Stesen Keretapi Brienz.

Jarak perjalanan dari Interlaken OST ke Brienz adalah dalam 1 jam 15 minit. Tapi tak berasa sangat sebab pemandangan sepanjang cruise sangat cantik. Subhanallah.

Untuk pulang semula ke Interlaken OST, anda boleh naik semula cruise yang sama atau naik train di train Station Brienz yang mengambil masa 18 minit.

Harga untuk cruise adalah tak ingat juga. Kami tak perlu bayar sebab Swiss Travel Pass cover cruise.

Jom saya kongsikan gambar sepanjang Cruise Lake Brienz.

Dah sampai di hentian terakhir iaitu Brienz

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *