Cara Untuk Ke Jungfraujoch di Switzerland

Walaupun Jungfraujoch terkenal sebagai ‘Top of Europe’, hakikatnya ia adalah gunung kedua tertinggi di Eropah. Tertinggi adalah Mont-Blanc di France; agaknya sebab discover lambat sikit dari Jungfrau.

Cara sebut Jungfraujoch adalah Jungfrauyoh – frau tu ‘r’ nya bunyi ditekankan.

Untuk ke Jungfraujoch, ambil train ke Kleine Scheidegg (Klaine Shaideg) terlebih dahulu. Rujuk train route di bawah.

Oleh kerana kami dari Lauterbrunnen, jadi kami boleh terus ambil train di situ. Di Kleine Scheidegg, ambil train yang sedang tunggu bertentangan dengan anda untuk naik ke Jungfraujoch.

Beli Tiket Jungfraujoch

Tiket Jungfraujoch hanya boleh di beli di train station pada hari anda mahu naik. Kalau esok nak naik, hari ni nak beli, pun tak boleh.

Jika anda dah pun dapatkan Swiss Travel Pass, anda akan diberi diskaun 30% untuk naik Jungfrau.

Mari saya kongsikan gambar pemandangan semasa perjalanan naik dari Lauterbrunnen ke Kleine Scheidegg ke Jungfraujoch.

Tiket baru beli

 

Snacking strawberry

Ramai juga yang turun di Wengen

 

 

Jangan lupa ikuti saya di Facebook dengan hashtag #deejatravelstories

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares