Cara Untuk Naik Gunung Schilthorn Bersama Anak-Anak Kecil Dengan Selesa

Gunung Schilthorn terletak di belakang lembah Lauterbrunnen.

Untuk naik ke Gunung Schilthorn, ikuti 4 langkah ini:

(1) Mula-mula ambil train ke stesen Lauterbrunnen.

(2) Di stesen Lauterbrunnen, ambil bas di luar stesen untuk ke hentian terakhir iaitu Stechelberg. Bas ini percuma dan memang akan sampai lebih kurang waktu train sampai di stesen.

Ia akan tunggu sehingga 7 minit, baru jalan.

Lihat train route ini. Dari Lauterbrunnen, ambil bas ke Stechelberg.

(3) Di Stechelberg, anda akan berjumpa kaunter tiket. Beli tiket naik ke Schilthorn di sini.

(4) Untuk naik Mount Schilthorn, kita perlu lalui 3 stesen kaki gunung iaitu :

  • Grimmelwald
  • Murren
  • Birg

Kalau tak nak naik sampai puncak iaitu nak berhenti sampai Murren sahaja pun boleh. Tiketnya lebih murah.

Ada 3 stesen kaki gunung. Anda boleh juga bermalam di Gimmelwald atau Murren.

Tiket naik sampai ke puncak Mount Schilthorn adalah 105 CHF seorang. Tapi Alhamdulillah waktu kami pergi dapat discount sempena anniversary ke-50 penggambaran filem Bond 007 di Schilthorn, jadi hanya perlu bayar 24 CHF seorang.

Perjalanan naik adalah dengan menaiki cable car. Anak-anak kecil pun boleh naik.

Di setiap stesen kaki gunung, kita perlu keluar dari cable car untuk naik cable car seterusnya. Ini di kaki gunung di stesen Birg.

Mari saya kongsikan pemandangan semasa perjalanan naik ke Schilthorn di dalam cable car.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares