Cara Untuk Travel Dari Amsterdam ke Paris, France

Untuk Europe tour kali ini kami tak singgah London walaupun nampak dekat sebab cuti apak saya tak cukup panjang.

Lagipun ada apa kat London ? Next time lah kot. Jadi dari Amsterdam perjalanan kami adalah terus ke Paris.

Selain daripada naik flight dari Amsterdam ke Paris, anda juga boleh menaiki train bernama Thalyss Train untuk ke Paris dari Amsterdam.

cara ke paris dari amsterdam

Stesen terakhir adalah Paris Nord dan akan Berhenti lama di Brussels

Thalyss Train ini ada 2 kelas iaitu First Class dan Second Class.

Untuk yang bawa anak-anak anda di nasihat kan untuk ambil Second Class sebab kalau First Class tak boleh buat bising, nanti kena jeling mata.

Tiket kami beli secara online dan print dari email. Untuk masuk platform, kita hanya perlu scan barcode tiket di pintu platform. Tu saja.

Walaupun negara yang berbeza, anda langsung tak perlu lalui imigresen. Macam kita naik train dari Shah Alam ke KLCC saja.

Perjalanan dari Amsterdam ke Paris mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam. Train akan berhenti di Station di Paris iaitu Gare Du Nord Station.

 

Rajah perjalanan Train Thalyss dari website blog.trainline.eu

 

cara dari amsterdam ke paris

Train singgah agak lama di Bruxelles

 

naik apa dari amsterdam ke paris

Scenery musim spring, awal bulan May

Sesampai sahaja di station Paris Gare Du Nord, terus keluar dan anda akan terus nampak signage “Taxi”. Kami ambil teksi untuk ke apartment sebab kami merasakan agak mencabar nak bawa stroller gabak naik train Metro.

Semoga bermanfaat untuk para pembaca yang sedang merancang perjalanan di Europe.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares