Living in Japan

Cari Groceries Halal Di Jepun

Orang duk apartment kan, mesti nak cari groceries halal.

Saja nak cuba duduk apartment, bosan dok hotel 😛

Lagipun nak merasa neighborhood Jepun.

Ok, back to topic.

Bila duduk apartment, sebenarnya tak payah pun pergi specific sundry shop.

Unless nak beli daging atau ayam atau rempah, ye lah, kena cari, dan sangat senang nak jumpa.

Mostly diorang buat online delivery.

Kami?

Bawang besar ada kat kedai bawah ni. Kentang pun ada.

Sayur memang senang lah nak cari yang raw.

Haiwan pulak. Macam scallop, udang, isi ketam, ada dijual di kedai biasa.

Kalau duduk hotel, kedai tu takda jual barang.
Kedai biasa yang saya maksudkan adalah kedai yang sangat familiar kat sini – antaranya nama kedai tu Lawson dan Family Mart.

Kalau kat kawasan hotel, kedai-kedai ni jual banyak makanan instant seperti bento pelbagai lauk, roti pelbagai inti, etc.

Tinggal nak panaskan dalam microwave kat sebelah cashier tu saja.

Kira orang nak pergi kerja hanya perlu grab and go.

Tapi kat kawasan apartment, kedai-kedai ni lebih banyak jual barang untuk di masak.

Takde lah ikan macam kat pasar tu.

Ada telur.
Rupa telur tu warna putih macam telur ayam kampung.

Ada jugak jual sebiji je telur. Seriously!

Dan dengan sebiji telur tu ada diselitkan satu paket kecil yang dalam tu ada minyak.

Haha.

Hah, tiada alasan untuk tak masak.

Wakakakakaka.

Nasi pun ada. Ada beras yang macam biasa.

Ada jugak nasi dalam paket yang tinggal nak panaskan dalam microwave.

Ok, jadi kami, makan nasi goreng berlaukkan telur. Ada udang, isi ketam.

Teringin sangat nak pergi pasar basah yang di panggil Tokyu Foodshow kat Shibuya.

Orang kata macam heaven pilihan dia.

Tsukiji market tu, simpan dulu lah.

Kami masih dalam fasa adjustment dengan anak-anak.

Haha.

Pi tempat yang santai dulu.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *