Cari Ketenangan Di Rumah Allah

Bila hati rasa serabut, buntu, tak tenang, bagi saya, ubat untuk tenang adalah solat sunat 2 rakaat dan baca Quran sampai lebam.

Baca lah satu Juz atau 2 Juz sehari. Mula-mula je letih, lepas tu kita akan rasa sebak, sendiri rasa, tenang.

Hihi.

Saya sangat suka bila dapat peluang solat di masjid atau surau.

image

Oh masjid yang ni belum sampai lagi. Insya-Allah soon :*

Rasa tenang, rasa dekat, rasa best sangat, tak kira lah kat lokasi mana pun. Janji pengudaraan bagus.

Macam kat Surau Rantau Petronas, best.

image

Takde gambar pulak. Pokok ni, sebelah tu Surau Rantau

Asalnya kami mula solat di Rantau diasbabkan Muhammad demam.

Saya nak make Muhammad happy so that suhu dia boleh drop, so ajak Muhammad main kat playground rantau, sebab nak Muhammad aktif keluarkan peluh.

Ye lah, demam panas sangat.

image

Ni playground Rantau. Belakang tu Bangunan Surau Rantau

Tapi tengok jam dah nak dekat maghrib.

Hmm, kitorang decide bawak je lah dia main, pastu sambung maghrib kat surau sebelah playground.

Yang bestnya, surau ni luas, ber aircond, dan tempat perempuan memang tertutup dari pandangan lelaki.

Sesetengah masjid atau surau just ada langsir je kan. Langsir pulak kalau budak, senang bukak.

Tapi yang ni ada blok kayu. Rasa ada privacy dan terjaga.

Selesa sangat bagi saya yang tak beli aircond kat rumah, yang rumah pun sepah dengan mainan anak-anak.

Haha.

Privacy

Nanti nak rumah yang ada bilik khas untuk solat je.

Bila rasa bersendirian, bersendirian dengan Pencipta, perasaan tu susah nak digambarkan.

Lagi best, jemaah tak borak bising dalam surau. Hehehe. Just suara anak-anak syurga je.

Kalau anda rasa resah gelisah, buntu dan serabut, apa kata pergi ke surau atau masjid berdekatan.

Carilah Allah. Pada Dia ada segala ketenangan dan jawapan untuk setiap persoalan kita 🙂

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. Denaihati 9 May 2014
    • Khadeejah Hasmad 12 May 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares