Muhasabah

Carilah Allah

Pernah tak rasa hidup kita ni kosong.

Memang kita ada banyak kerja dan perkara yang kita nak capai dalam sehari, seminggu, sebulan. Boleh jadi kita ada segalanya – duit, anak, keluarga, kerja, kereta, etc.

Tapi dalam hati ada rasa lemah, kosong, murung, letih.

Itu mungkin petanda kita mula jauh dari kasih sayang Allah. Dia sedang memanggil kita untuk sujud menyembah merayu pada Dia.

carilah Allah

After all, hati kita adalah milik Allah.

Saya tertarik dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman facebook beliau malam semalam.

Ustaz Ebit Lew & Wife

Ia mencerminkan, bila mana kita menjauh diri dari Allah, sungguh betul kita akan rasa susah hati dan tak lengkap hidup ini.

Paksa lah diri untuk mendekat dengan Allah via amalan sunat seperti zikir, baca qur’an, iktikaf di masjid.

Permulaannya mungkin kita akan rasa letih dan bertambah tak paham, apesal aku tak dapat jugak ketenangan jiwa ni?

Tapi yakin lah, selangkah kita berjalan menuju kepada Allah, seribu langkah Dia berlari ke arah kita. Konsisten dan perasaan cinta itu pasti akan datang.

carilah Allah one step

Saya copy paste status Ustaz Ebit Lew di sini. Ada banyak pengajaran, tapi yang paling menyentuh hati ialah, tanpa Allah di hati, hidup kita memang rasa tak bermakna.

Cari lah Allah…

Sehingga hari ini saya ingat pada seorang kawan semasa belajar dulu..

Dari seorang yang jauh dia mula rajin ke surau dan berdakwah bersama. Tapi satu hari dia tertipu dan terkesan dengan celaan keras dari kawan surau.

Kamu ini konon buat dakwah tapi benda jahat buat lagi. Baik tak payah langsung pergi surau dan buat baik. Dia mula putus asa dan terus tidak nampak di surau.

Saya pernah kata padanya, biarlah kebaikan kita menelan keburukan kita. Bukan keburukan menelan kebaikan. Dakwah untuk iman kita. Dakwah jalan terbaik untuk jadi baik. Kau baik, apa pun kata orang pada kau. Tapi kau solat jemaah…Subuh sentiasa di surau. Apa kita dapat buat, kita syukur. Yang belum mampu kerana iman lemah kita minta pada Allah..

Dia tetap hilang diri dari saya. Satu hari selepas saya bawa kawan-kawan iktikaf sabtu malam ahad. Saya terjumpa dia. Dia kata, aku malas nak pergi iktikaf dah
Aku nak pergi tengok wayang.

Saya pun kata, jomlah sama-sama. Tengok cerita tengah malam. Habis 2 pagi. Saya tidak pernah masuk sebelum tu.

Habis tu, kami nak masuk universiti tapi pagar dah tutup. Saya kata jom iktikaf.saya dah bawa beg dan alas tidur.

Dia kata, kau memang nak bawa aku program iktikaf ni dan kuliah subuh yer…

Sampai masjid saya terus baring. Ramai orang iktikaf. Saya tengok dia tidak tidur sepanjang malam.

Dia berdoa dan menangis sepanjang malam. Dia mula buat kebaikan semula selepas itu. Jaga solat berjemaah dan buat dakwah.

Apa sebenarnya yang kita perlu dalam hidup ini ialah cinta dan kasih sayang Allah…

Berlarilah ke sana sini. Tapi kita tidak akan dapat apa yang kita benar inginkan…kerana kita pun tidak pasti apa sebenarnya yang buat kita resah dan yang kita inginkan…

Allah segalanya. Beritahulah kepada hati kita dan semua orang. Kita tidak perlukan sesiapa. Kita hanya perlukan Allah.

Ya Allah kami hanya nak cintaMu ya Allah.Maafkanlah kami-.ebit lew

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *