Travel Tips

Cerita Di Sebalik Aya Sophia

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, di Kota Constantinople, iaitu sekarang Turki, terdapat seorang raja bernama Justinian.

image
Aya Sophia, kat sini semua masjid kubah serupa. Kalau tak tanya orang, The first time nampak rupa kubah gini, kita ingat tu Aya Sophia dah 😛

Aya Sophia sekarang yang kita lihat adalah bangunan yang ketiga di bina.

Aya Sophia versi pertama adalah di bina dari kayu.

Ia completely burnt down by fire hingga tiada langsung yang tinggal.

Bila ranap dalam kebakaran, Justinian bina church baru dengan batu di tapak yang sama.

Masih ada lagi tapak church ini dengan beberapa binaan yang di recover.

Rakyat Justinian tak suka dengan Justinian dan mereka rebel dan runtuhkan church yang dibina oleh Justinian.

Pembunuhan Beramai – ramai (Massacre)

Justinian sangat marah.

Lalu dia pun panggil semua rakyatnya lebih kurang 4-5 ribu rakyat (ribu tu ai ingat, exactly berapa tu dah lupa) untuk berkumpul di dalam Hippodrome, lebih kurang macam Colosseum tempat gladiator berlawan macam dalam movie Gladiator.

Hippodrome itu sekarang masih ada, ia adalah bangunan Sultanahmet sekarang, atau juga dikenali sebagai Blue Mosque.

Semua rakyat yang dikumpul itu dibunuh semuanya dalam masa hanya 9 jam.

Selepas pembunuhan beramai-ramai itu, Justinian kumpul 10,000 orang untuk bina semula church dia tapi dalam skala yang lebih besar dari church sebelum ini.

Church itu lah yang dikenali sebagai Aya Sophia hari ini. Masa church tu nama dia lain.

Dikatakan Justinian rasa bersalah atas massacre yang dia buat, lantas dia bina church yang lebih besar sebagai tanda penyesalan.

Kedatangan Sultan Muhammad Al-Fatih Pertama

Bila Islam mula masuk kota Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih jumpa Aya Sophia ni.

The biggest church in the world masa tu.

Dia kata why not kita tukarkan church ini menjadi masjid?
Fatih Hormat Binaan Church

Islam itu sangat indah.

Bila belajar pasal Aya Sophia dengan tour guide kami, rasa sebak sangat.

Iye lah, orang melayu Islam di Malaysia, bab cross dalam matematik dalam binaan rumah pun macam nak gila claim itu merosakkan akidah.

Cuba kita tengok apa Sultan terbaik yang Allah akui ini, apa dia buat dengan church terbesar di dunia bila dia nak ubah jadi masjid.

Adjustment church kepada masjid.

1) Binaan Cross yang solid, dari emas, besi, etc.

Ada sangat banyak binaan cross dalam Aya Sophia.

Dah katanya church kan.

Binaan Cross yang solid, Sultan hanya cabut palang yang paling kecil.

Itu pun masih nampak bekas tanda cross.

Dan itu pun pass sebagai masjid.

2) Dalam masjid tak boleh ada gambar.

Tapi dalam church, melambak dilukis gambar Jesus, Mary, Angel.

Gambar ini pula di buat dengan jubin mosaic.
Ada yang dilukis atas dinding.

Apa yang Sultan buat?

Dia tidak pecahkan mosaic gambar itu. Dia tidak rosakkan  gambar yang dilukis.

Sebaliknya dia pelihara dengan cat atas mosaic.

Cat je. Tak kumpil keluar mosaic gambar Jesus dan Saint Mary tu.

Bila pihak kerajaan nak cari balik gambar tu, mereka hanya perlu keluarkan cat itu.

Tapi ambil masa lah sebab tu cat beribu tahun dulu.

3) Kat dinding atas kubah Aya Sophia ada gambar malaikat.

Malaikat ini ada muka dan dikelilingi sayap.

Sultan Al-Fatih hanya tutup muka malaikat itu.

Itu pun dia lukis gambar star atas muka malaikat yang asalnya untuk church!

Subhanallah dia sangat menjaga dan hormat binaan asal.

3) Arah kiblat

Bila kita masuk ke dalam Aya Sophia, kita akan nampak mimbar imam dan juga tempat baca khutbah macam tak center.

Masa mula-mula masuk Aya Sophia, Sultan Al-Fatih solat mengadap arah macam church punya arah.

Arah dia straight lah kan ikut kiblat Christian.

Tapi bila sultan cek semula, arah mekah sedikit senget 45 darjah.

Sultan tak ubah supaya church itu ikut arah kiblat.

Tapi dia bina mimbar imam pada arah kiblat dan mimbar khutbah Jumaat ikut arah kiblat supaya orang islam boleh ikut, ok, kiblat kena tengok mimbar kat arah mana.

Sangat mulia, kan, akhlak Sultan paling hebat ni.

Binaan Baru Untuk Islam

Dalam Aya Sophia, di samping Sultan Muhammad Al-Fatih mengekalkan ciri Christian tapi di tutup bukan dimusnahkan, Sultan juga ada tambah beberapa binaan untuk kegunaan orang islam sendiri.

1) Lampu Chandelier Rendah

Orang Christian hanya solat sekali sehari.

Semasa Aya Sophia adalah church, mereka hanya bergantung kepada cahaya dari tingkap yang banyak untuk cahaya dalam Aya Sophia.

Tapi oleh kerana orang islam solat 5 kali sehari, cahaya dari tingkap tak mencukupi untuk dari subuh sampai Isyak.

Jadi sultan buat Chandelier yang bulb dia terdiri dari lampu minyak.

Ia dibina rendah supaya senang nak ganti minyak dalam lampu yang dah habis.

2) Kaligrafi Nama Sahabat

Sultan juga hias Aya Sophia dengan kaligrafi nama sahabat.

Bukan lah memanjang tu.

Dalam masjid ada binaan berbentuk bulat yang besar berdekatan dengan kubah.

Ada nama Hasan, Hussin dan Ali di samping nama Abu Bakar, Uthman, Muhammad dan Allah.

Dikatakan nama Hasan, Hussin juga diletakkan sebab nak kabo yang orang Sunni pun approve cucu nabi ni.

Islam itu satu, bukan ada pecahan, itu yang Sultan nak buktikan.

Pernah ada orang nak curi keluar tulisan ini, tapi tak berjaya sebab kayu tulisan ini lebih besar dari binaan pintu paling besar.

Tulisan ini ditulis atas binaan kayu bulat, yang atas tu diletak kulit unta dan di lukis dengan warna gold.

3) Library Sultan

Kat tepi belah kanan ada satu bilik khas, grill dia macam emas, ai lupa lah emas betul ke tak, tapi binaan Aya Sophia memang penuh dengan emas betul.

Bilik khas itu adalah library untuk Sultan dan dikatakan dulu ada hingga 10,000 buah buku pada satu masa untuk library Sultan.

4) Minaret

Sultan tak bina kubah macam masjid sebab sejak church di bina, memang dia dibina ada kubah.

Dikatakan masjid mengambil kubah dari church untuk binaan masjid.

Sebab ikut tarikh, Aya Sophia wujud sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Sultan hanya tambah minaret, tiang yang kalau azan tu, dia macam speaker dengar dari jauh.

Cerita Dari Masjid Ke Museum

Sejak satu perkongsian upline saya pasal Attaturk, saya mula pandang Attaturk pada sisi berbeza.

Yet, saya masih belum betul korek cerita sebenar di sebalik Attaturk.

Cerita copy paste kita abaikan.

Attaturk ubah Aya Sophia dari masjid kepada museum sebab masa tu ada perbalahan yang besar antara orang christian dan orang islam.

Christian nak Aya Sophia ubah semula jadi church.

Muslim nak Aya Sophia kekal jadi masjid.

Kita orang luar senang lah nak cakap dan decide.

Kita tiada di masa kejadian.

Jadi, untuk kasi semua puas hati, takde gaduh-gaduh, Attaturk ubah Aya Sophia jadi museum.

Dan sampai hari ini, pihak kerajaan actively buat restoration activities.

Pemuliharaan bahasa kampungnya.

Ye lah, bangunan dah berusia beribu tahun, mesti lah ada rosak sana sini.

Masa kami datang pun, ada kerja restoration sedang dibuat.

Nak buka muka satu Angel atau malaikat, itu saja ambil masa 11 tahun, dan bertuah juga la kami dapat tengok muka malaikat zaman dulu kala.

Kerja kena super careful untuk pastikan tiada yang rosak.

Gambar, dalam kamera lain, saya upload lain entry deh.

Kesimpulannya, Islam itu akhlaknya sangat indah.

Aya Sophia lah satu – satu bangunan yang pada satu masa ada lukisan Jesus and Saint Mary, dan sebelah kiri kanan lukisan tu ada tulisan Allah dan Muhammad..

Sultan langsung tak rosakkan lukisan tu, hanya sapu cat je.

Allahuakbar..

Betapa cantiknya akhlak Sultan Al-Fatih dahulu..

Kalau anda kebetulan ada di Istanbul, datanglah deh ke Aya Sophia, tapi upah tour guide yang 100% untuk anda.

Ada je kat luar bangunan tu, tak pun tanya kat kaunter tiket cakap nak tour guide.

Audio punya pun ada dan lebih murah, tapi takde two way communication lah.

Tour guide kami, 100 Lira. Tapi rasa sangat berbaloi sebab dia cerita macam-macam dan kami bebas tanya macam-macam.

Oh, tiket masuk utk dewasa 30 Lira, harga ni macam menaik berbanding tahun² lepas.

Kanak-kanak percuma.

Untuk lebih feel, ambil lah tour guide diorang. Best!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *