Detoks | Detoks Parasit | Eat Clean

Cerita Kak E Dari 90.4 kg Ke 79.4 kg

Bila cakap pasal berat turun, memang menarik kan?

Ingat senang ke nak turunkan berat badan.

Walaupun saya ni kurus kering, tapi bila tengok usaha suami untuk turunkan berat, rasa kagum.

Saya ni bersenam baru 5 minit dah rasa aduhai, copek den.

Hari ini saya nak kongsikan kisah Kak E.

Kasi sorok nama sebenar lah ye.

Akak ni, berat asal dia 90 kg.

Banyak kali dah dia cuba untuk turunkan berat badan, tapi asyik tak berjaya.

Kak E nak turunkan berat sebab nak mengandung.

Eh, susah susah kurus, lepas tu nak mengandung?

Kawan,
Kalau nak tahu, kalau kita berbadan besar dan mengandung, letih tau.

Mana kita nak tanggung berat badan kita, nak tanggung berat baby lagi.

Kak E pernah cerita dia pernah hampir pengsan masa naik tangga ke rumah dia masa mengandung.

Punya terseksa mengandung tapi badan besar.

Oleh kerana banyak kali kecundang di tengah jalan semasa misi kuruskan badan, kali ini Kak E cuba cara berguru pulak.

Dia berguru apa?

Dia berguru cara makan.

Cara makan itu adalah cara makan gaya Eat Clean.

Alah yang banyak resipi saya share sebelum ni kat blog.

Kebetulan lah pulak kumpulan Shaklee kami ada buat program Detoks Parasit.

Kak E pun buat sekali.

Alhamdulillah dulu 90.4 kg, sekarang dah 79.4 kg!

image
Ini adalah Kak E

3 Petua Kak E Turunkan Berat Badan

Rahsia Kak E adalah pada 3 perkara:

1) Detoks Parasit bersama Set Shaklee

2) Eat Clean

3) Bersenam setiap hari

3 benda tu jugak yang suami saya buat sambil saya coach kan.

Hihi. Saya pun ada dalam Group Eat Clean tu, suami jadi bahan eksperimen.

Semangat Tinggi Bila Berkumpulan

Satu benda yang saya perasan, untuk kuruskan badan, kalau nak kurus, bagus kurus beramai-ramai.

Sebab bila kita kongsi kita makan apa, kita buat senaman apa dalam Group Whatsapp, kita lebih kuat semangat sebab kita tahu dan ada perasaan yang ada orang lain sedang buat apa yang kita buat.

Malah bila ada kawan yang turun lagi banyak dari kita, kita akan secara tak langsung rasa nak kerja kuat lagi untuk turun banyak macam kawan tu.

Group Eat Clean Khadeejah Hasmad

Oleh itu saya nak ajak jika anda pun berminat untuk kuruskan badan macam Kak E yang turun 10 kg dalam masa 4 bulan, atau macam suami saya yang turun 5 kg dalam sebulan lebih, jom join Group Eat Clean Khadeejah Hasmad.

Dalam Group ini, saya akan guide anda selama 14 hari untuk

1) Detoks Parasit

2) Eat Clean

3) Senaman ringkas

Yuran Komitmen

Untuk memastikan diri kita komited, saya memerlukan sedikit yuran komitmen dari anda.

Yuran ini bertujuan supaya anda betul-betul buat apa yang saya ajarkan.

Bila di letak sebuah nilai, bila datang mood malas kita, mesti kita akan fikir banyak kali tentang pelaburan yang kita dah buat sebelum join group.

Saya pun sama lah.

Bila saya nak malas dalam Group Eat Clean hari tu, saya fikir, hish saya dah bayar ni, mana boleh malas.

Yuran Komitmen ada 2 pilihan:

1) Belian Set Detoks Parasit Basic dan daftar keahlian Shaklee.

Set Basic ini terdiri dari Nutriferon, Garlic, HerbLax dan Alfalfa.

Total RM 458.25 (ada harga diskaun bila daftar sekali jadi ahli)

Semua vitamin dalam set ini akan digunakan semasa kita kuruskan badan nanti.

Atau

2) Tiada Vitamin – RM 150

Kalau tak nak beli set Shaklee, anda boleh bayar yuran komitmen RM 150.

Kesannya lambat sikit lah berbanding Kak E dan suami saya.

Anda boleh terus Whatsapp saya di 0196953317, terus cakap ‘Saya nak Detoks’

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *