Eat Clean

Cerita Kenapa Kami Mula Eat Clean

Memula saya berkenalan dengan istilah Detoks Parasit.

Detoks Parasit saya cerita entry lain ya.

Tapi sayangnya masa first batch buat detoks, saya ke Jepun selama sebulan, dan stok vitamin yang diperlukan pula tak mencukupi.

Untuk Detoks Parasit, kami memerlukan Alfalfa, DTX Complex, Nutriferon, Herblax, Garlic dan Vivix

Selesai berkelana, kami pulang ke bumi Malaysia, dan mula ingin detoks parasit.

Tapi masa ini, selera makan anak-anak dah berubah.

Masa di Jepun, bukan main kami konon rindu segala masakan melayu.

Tapi bila balik Malaysia, lidah jadi lain.

Anak-anak semasa di Jepun selalu makan makanan berunsurkan mi atau mihun.

Anak-anak kurang boleh terima makanan bergoreng atau berminyak.

Masakan mi di Jepun bukan macam mi maggi. Tapi mi soba, mi yang ada udang, sotong dan kepah dan aneka jenis mi.

Kami pula dah terbiasa minum air kosong dengan sangat banyak semasa di Jepun.

Sebabnya bila nak makan di restoran kat sana, atas meja mesti dah siap ada satu jag air kosong sejuk.

Kita baru sampai kedai, minum lah. Minum lagi dan lagi sebab macam sedap pulak.

Tabiat minum air kosong selama sebulan ini membuatkan keinginan kami kepada benda manis, dah makin berkurangan.

Contoh benda manis seperti sambal.

Dulu, minat sungguh dengan nasi lemak mana lagi di Shah Alam.

Orang Seksyen 19 mesti tahu kat mana.

Bila balik Malaysia, memang ada ke sana sekali.

Tapi sekali itu sahaja lah.

Dah tak minat sangat macam sebelum ini.

Justeru, saya pun bercadang, kita cuba konsep Eat Clean lah.

Masak tak renyah. Cepat siap. Dan menu nya, anak-anak macam boleh terima.

Dan ia berpadanan lah dengan konsep Detoks Parasit yang tak boleh makan gula dan makan pula kena makanan yang dah kena macam makanan sihat.

image
Lunch semalam. Ikan tu baked. Muhammad bertambah sampai 3 pinggan walaupun makan brown rice. Alhamdulillah

Ye lah, parasit dan cacing sangat suka makanan tak sihat dan makan gula putih.

Kalau kita nak detoks, haruslah makanan kegemaran cacing, kita tak makan, betul?

Ok nanti saya kongsikan pula, apa itu Eat Clean?

^-^

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *