Cerita Training House Kami & 3 Tips Jimat Masa Di Ikea

Selesai bayar S&P, selesai terima duit KWSP untuk belian rumah (alhamdulillah! ?) dan sekarang, tinggal nak tunggu kunci rumah pertama kami!

Alhamdulillah. Cerita beli rumah, saya kongsikan nanti ya.

Cerita panjang dipendekkan, rumah pertama kami, kami buat keputusan untuk jadikan ia sebagai training house untuk syarikat kami.

Nama untuk training house ini adalah FATIH.

FATIH : Firdaus Azizi Training House ?

Training house ini maksudnya tempat buat kelas kecil atau group coaching di bawah syarikat FAMES.

Yang seronoknya, kami bebas mahu buat konsep kami untuk training house kami.

Contohnya konsep mesra kanak-kanak dan mesra wanita.

Ya lah, bukan mudah mahu dapatkan kelas yang membenarkan kehadiran anak-anak kecil.

Dan bukan mudah mahu dapatkan bilik seminar yang golongan wanita bebas mahu buat urusan wanita ?

Kami buatkan master bedroom sebagai ruang wanita dan ibu menyusu untuk mengalu-alukan peserta di kalangan wanita dan ibu menyusu yang tidak boleh berenggang dengan bayi.

Oh teruja! ?

Jadi, sementara tunggu boleh masuk rumah, kami buat keputusan untuk melawat Ikea di Cheras dan survey harga perabot.

3 Tips Jimat Masa di Ikea

Ikea ini memukau.

Yang menariknya, ikea menampilkan banyak konsep hiasan dalaman yang membuatkan kita sikit-sikit nak tengok. Sikit-sikit berhenti di bilik itu dan bilik  ini.

Bila bawa anak, bertambah lama lah prosesnya.

Punya lah cantik idea hiasan dalaman ikea, sampai kita tak perasan waktu telah berlalu pantas.

Salah satu idea hiasan dalam di ikea. Kita bebas duduk atas sofa itu, buka semua laci dan macam-macam lah. Ini baru satu ruang. Ada banyak lagi ruang yang cantik.

Salah satu idea hiasan dalam di ikea. Kita bebas duduk atas sofa itu, buka semua laci dan macam-macam lah. Ini baru satu ruang. Ada banyak lagi ruang yang cantik.

Jadi saya kongsikan 3 cara jimat masa di Ikea
#1: Senaraikan bilik apa memerlukan perabot apa. 

Ya, kita ada peruntukan untuk perabot. Tetapi, lupakan tentang itu sebentar.

Fokus kepada apa benda yang kita nak isi dalam rumah.

Contoh kami, kami mahu jadikan ruang tamu depan sebagai ruang kelas mini atau group coaching. 

Jadi, apa yang diperlukan untuk ruang itu?

Kerusi dan meja peserta, kerusi dan meja speaker dan langsir.

Rumah tersebut ada 4 bilik.

Buat keputusan kegunaan setiap bilik dan perabot yang diperlukan.

#2 : Senaraikan perabot yang diperlukan. 

Tadi, kita dah senaraikan bilik #1 untuk kegunaan wanita dan kaum ibu.

Di helaian kertas sebelahnya, senaraikan perabot yang diperlukan untuk keseluruhan rumah.

Saya tulis sekali harga, rak dan seksyen mengikut format ikea.

Rak dan seksyen memudahkan kami mengambil barang di tempat pengambilan barang nanti.

#3: Mulakan pencarian perabot
Jika anda bawa anak-anak kecil bersama, bagus untuk anda agihkan tugas dengan pasangan.

Seorang cari perabot, seorang lagi layan anak-anak.
Perabot di ruang tamu dan dapur, kami cari bersama.
Perabot untuk ruang wanita, saya cari sendiri ? Bila anak-anak dah bosan di satu ruang ikea, baru saya panggil suami untuk minta pandangan beliau.

Kami juga ambil ukuran setiap perabot supaya perabot nanti tidak terlalu besar dan boleh dimasukkan just nice ke dalam rumah nanti.

img-20160906-wa0014

Alhamdulillah dah selesai pun kami survey perabot di ikea.

Balik rumah, isikan maklumat ke dalam file excel. 

Ini penting sebagai rekod dan untuk kita buat keputusan – mana yang penting untuk di beli terlebih dahulu, dan mana yang boleh dikemudiankan mengikut budget semasa syarikat.

Syarikat pun perlu ada tabungan aset untuk pastikan syarikat berkembang dengan sihat dan pada masa yang sama membina pasukan yang hebat.

Sekian perkongsian saya.

Doakan kami dapat kunci FATIH cepat-cepat ya! ?

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

2 Comments

  1. roslina mohd sobri 8 September 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares