Gentle Natural Birth

Check Dilation Tanpa Seluk Tangan

Haaa? Rasa possible tak? Ni ilmu baru belajar kat group HUBM & Gentle Birthing Group. Dah lama belajar, tapi baru nak apply. Saya sekarang in 38 Weeks plus. Memang setiap hari ler dok tunggu bila adik baby nak keluar. Kali ni tak rasa surge apa sangat. Perut keras pun kita rasa biasa je.

Purple Line Dilation adalah teknik cek berapa bukaan kita tanpa perlu seluk tangan. Sila click sini dan sini untuk bacaan lanjut. Saya tak post gambar contoh, sebab aurat 😉 Aurat non-muslim pun kena jaga tau. Subhanallah ciptaan Allah. Nak tahu progress masa labor takyah susah- susah seluk sana- sini, intervene sana- sini. Tengok je tanda. Yang suka seluk- seluk tu, yang karang jadi bacteria infection lah, pecah itu ini tiba- tiba lah, etc.

Tapi untuk asian women, ia tak purple. Purple tu untuk mat saleh yang kulit dia putih melepak. Untuk macam saya, ia nya color coklat gelap. Memang gelap. Semalam punya lah geram bila adik baby nak keluar, dok jalan Mesra Mall, dok jalan sana -sini lagik. Tapi hubby cek, takda pun purple line, tak nampak pun buka apa- apa.

Lepas tu stress, tido 😛

Bangun kejap tengah malam, hubby cakap, eh ni ada color lain. Memang lain sungguh. Warna coklat gelap yang tak pernah ada. Dan cek tengok bukaan, eh memang nampak terbukak dah sikit 😀

How many cm it is? I wont really care. Wahahaha. Ada progress tu kira dah rasa happy bangat, hari ni nak teruskan misi berjalan lagik 😛 Janji adik baby lahir hari ni! Hahahaha. Dalam perut lagik dah kena paksa 😛

Teknik ni bagus untuk orang yang tak suka kena seluk. Yes, ada homebirthers kat Malaysia pernah check using this technique. But, yes, I also know, selagi baby takmo keluar, selagi tu baby takkan keluar, be it dah fully dilated. Muhammad dulu fully dilated at 6pm+, keluar at 9.46pm.

Ok. Relax jap. Oh baby……………

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *