Pengalaman Saya Dengan Collagen Shaklee

First time saya minum Collagen Shaklee adalah masa saya dalam pantang. Dalam 2 minggu lepas baby lahir, saya pun start minum.

Dek teruja tengok kawan-kawan ramai bagi feedback & testimoni best, ai pun tak sabar lah nak tengok kan? 😉

Untuk yang belum tau, Shaklee Collagen Powder berbeza dengan produk Collagen lain di pasaran ialah kerana ianya all natural:

  • Takde gula
  • Takde perasa
  • Takde pewarna

Jadi tak bolehlah nak expect rasa vanila ke… berry ke… chocolate ke…

Disebabkan Collagen Shaklee nih takde gula, jadi ianya selamat untuk dibuat masker. Ini juga antara sebab utama kenapa saya berani claim yang Collagen Shaklee ini adalah produk Collagen terbaik di pasaran.

Nih pengalaman salah seorang Independent Reviewer yang telah mencuba membuat masker dengan Collagen Shaklee (off topic sekejap!):

Review Masker Collagen Shaklee

Berbalik kepada pengalaman saya sendiri pula yer 😉

Untuk hari pertama, saya minum dalam satu pertiga sachet je. Sebab saya takut baby terkejut, so nak serasikan baby sedikit demi sedikit. Saya menyusukan baby secara exclusive, sebab tu kena berjaga bab makan nih.

Khas untuk ibu menyusu, boleh baca entri saya tentang Collagen Shaklee nih selamat ke tak untuk ibu yang menyusu.

Alhamdulillah first trialsusu macam biasa banyak dan baby pun tak meragam. Lega & gembira tak terkata. Boleh sambung mencantikkan diri yang sedia awet muda 😛

Pernah juga ada satu malam tu baby meragam sepanjang malam… Susah sangat nak tidur. Biasanya dia mudah tidur.

Jadi esoknya saya stop terus, tak ambil Collagen. Dia meragam tak henti lagi. So saya rasa bukan 100% sebab Collagen ni, mesti ada salah makan kat mana-mana.

Jadi lusanya saya ambil semula Collagen. Alhamdulillah lepas tu dia getting better. Tak meragam dah.

Dalam Collagen Shaklee ni bukan ada benda pelik sangat. Yang macam ekstrak sisik ikan merah, kerang, bunga, dan satu yang jadi concern ramai ibu, ialah sejenis tumbuhan bernama pfaffia yang ala-ala herba Alfalfa.

Collagen ni bukan susu tau. Kita bancuh serbuk ni dengan air. Oh, rasa dia memang hanyir ikan. Lengkap dengan bau sekali. Tapi benda elok memang tak semua sedap, betul tak? Ubat sekalipun, bukannya sedap, tapi kita telan juga untuk sihat.

Jadi Collagen ni tak lah sedap mana pun, tapi telan juga untuk cantik dan sihat luar dalam. Tips saya, saya bancuh bersama air Ribena atau air oren. Bancuh sikit je supaya boleh teguk dengan pantas.

Review & Testimoni Produk Collagen Powder Terbaik Daripada Shaklee

Collagen Shaklee yang sudah dibancuh dengan air Ribenna

Masa minum tu saya tahan nafas. Ala-ala nak makan ubat lah. Cepat cepat gulp gulp gulp. Lepas habis je, cuci tekak dengan air Ribena atau air berperasa lain.

Done.

Terus selesai.

Hihi.

Lepas tu sisa sisa serbuk yang ada kat sachet tu, larut kan sikit dengan air kosong, dan sapu kat muka sebagai masker.

Wah! Tegangnya rasa kulit. Kalau pakai consistent, boleh la dapat kulit gebu menawan kan 😉

Perubahan yang saya alami, yang paling ketara… Saya puas hati bila kulit dekat area kuku saya dah tak mengelupas. Bab makin cerah tu tak pasti pulak sebab tak ambil gambar sebelum saya guna Collagen Shaklee.

Plus… Memang biasa orang yang tak kenal saya, akan ingat saya ni range umur budak sekolah sebab nampak terlalu muda. Siap kalau saya dukung anak, orang tanya ni adik ya? Ahaks! 😛

Sebenarnya dah beranak dua pun!

Kalau korang-korang berminat nak tampil muda, nak hilangkan kulit kusam, hilangkan jeragat, nampak lebih berseri, boleh la cuba Collagen Shaklee.

Sebab Apa Anda Kena Cuba Collagen Shaklee Sekarang?

Bulan nih Shaklee buat promosi khas untuk Shaklee Collagen Powder.

Beli 6 kotak, anda dapat:

  • PERCUMA Sekotak Collagen bernilai RM298
  • PERCUMA Kos Penghantaran
  • PERCUMA CoQ Health bernilai RM124 (supplement khas untuk kesihatan jantung dan untuk golongan yang mudah penat)
  • PERCUMA Keahlian Shaklee bernilai RM65
  • CASH BONUS bernilai lebih RM 110 dari Shaklee

** Jumlah keseluruhan BONUS untuk anda ialah RM597!

Collagen Shaklee

Berdasarkan pengalaman saya, promosi macam nih biasanya setahun sekali jer. Kalau terlepas bulan nih, tunggu tahun depan la gamaknya. Itu pun belum jamin ada promosi lagi ke tak untuk Collagen yang hot nih.

Oh, bonus khas untuk yang mendapatkan Collagen Shaklee dari saya:

  • PERCUMA EBook 15 Resipi Masker ESP, Collagen
  • Eksklusif Jadual Bancuh Yang Betul untuk Kesan Terpantas
  • Eksklusif Jemputan ke Group Tertutup

Jadi cepat-cepatlah hubungi saya seberapa segera yer 😉

Sekian, pengalaman pertama saya bersama Collagen Shaklee.

Untuk tempahan, boleh isi Contact Form di bawah ataupun terus hubungi saya di nombor yang tertera.

7 Comments

  1. TehR 14 October 2013
  2. Khairul Zamri 15 October 2013
  3. Zuan 15 October 2013
  4. ema 16 October 2013
  5. blogger lelaki 17 October 2013
  6. zarida binti zakaria 25 September 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares