CoQ 10 Supplement Rawatan Penyakit Jantung
Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia.
Menurut Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia, kematian yang berpunca dari penyakit kardiovaskular juga mencatat rekod 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca dari kanser.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan situasi ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup seharian seperti:
- Diet seimbang
- Mengambil supplement berkualiti
- Senaman secara teratur
- Tidak merokok
- Memastikan berat badan ideal
Coenzyme Q10 (CoQ 10) Mengekalkan Jantung Yang Sihat
CoQ 10 merupakan salah satu dari supplement kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.
Kenali CoQ10
CoQ 10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan terdapat pada setiap sel tubuh kita.
Ia lebih banyak ditemui di dalam organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Pencetus tenaga dalam sel
CoQ 10 amat penting bagi jutaan sel tubuh menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi.
Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.
Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga.
Proses penghasilan tenaga ini memerlukan CoQ 10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan organ-organ yang lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga berterusan.
Tanpa CoQ 10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik.
Peranan sampingan yang penting
CoQ 10 mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.
CoQ 10 juga menyokong jaringan antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yang sihat dan normal.
CoQ 10 juga merupakan anti oksidan kuat dan melindungi arteri dari masalah LDL dan memudahkan pengaliran darah.
Ini penting untuk menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.
Jumlah CoQ 10 harian yang optimum
Paras CoQ 10 dalam tubuh boleh dikekalkan dengan makanan yang kaya dengan CoQ 10.
Namun biasanya jumlah CoQ 10 yang di ambil dari makanan biasanya kurang dari 10 mg sehari.

Keupayaan tubuh menghasilkan CoQ 10 menurun seiring dengan peningkatan usia.
Tubuh berupaya menghasilkan CoQ 10 pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya.
Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan 68.2% dari jumlah penghasilan CoQ 10 pada usia 20 tahun
Faktor berkurangnya penghasilan CoQ 10:
- Diet tidak seimbang
- Pendedahan harian kepada radikal bebas
- Penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah untuk merendahkan kolesterol
Oleh sebab itu, supplement membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh.
CoQ Health Plus
CoQ Health Plus adalah supllement Shaklee yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi dari campuran 28 mg CoQ 10 dengan Vitamin E da ekstrak Teh Hijau.

CoQ Health Plus adalah dalam bentuk kapsul dengan sistem penyampaian minyak kacang soya untuk memastikan penguraian di tahap maksimum dan penyerapan terbaik.
CoQ 10 terbukti :
- Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- Menggalakkan arteri sihat dan melindungi arteri dari pengoksidaan LDL
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ 10 di dalam darah
Cara order CoQ Health Plus
Harga sebotol CoQ Health Plus hanya RM 124 untuk 30 biji.
Untuk order, anda boleh hubungi saya di:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 477 3457
Shaklee ID: 858755