Cubaan No-Prep Activities

No-prep ni maksudnya no preparation.

Saya memang follow Jamie Reimer punya activity plan setiap minggu, cuma follow je lah. Tak buat pun. Sob sob.

Sebab selalu rasa aktiviti ni nak kena cari bahan itu ini. Dia cakap no-prep tapi kita pula kena cari.

So semalam baru saya agak-agak faham apa benda no-prep ni dan betapa ianya sangat mudah sebab kita hanya supervise sahaja apa yang our kids buat.

Patut lah Jamie Reimer asyik sebut No-Prep Activities adalah paling mudah.

Konsepnya adalah just letak je apa benda bahan depan anak, mulakan dengan saya cuba cadangkan what can we do to make it fun, dan Maryam dan Hannah gtow their creativity from there.

Contohnya semalam suami saya tiupkan belon.

Mula-mula Maryam dan Hannah main baling-baling je belon tu. Belon seketul saja pun boleh buat budak happy tau.

Then saya bagi idea kat Maryam, what if kita lukis-lukis pada muka belon. Sebabnya Maryam ni suka menconteng.

Sepantas kilat Maryam ambil marker dan mula melukis.

Dah tentu Hannah join sekaki.

Then belon dah penuh, Maryam cari kertas pula.

Then kebetulan kami baru beli the second Air Cooler untuk letak kat ruang tamu bawah, so Maryam dan Hannah ambil peluang untuk main dengan blok polisterin kotak Air Cooler tu.

Bukan tu saja, siap main tunnel dalam kotak Air Cooler.

I didn’t give any suggestion at this point.

I just sit there and let their creativity flow.

I also witnessed that budak kecik ni ada sikap survival mereka tersendiri.

Contoh lah kan, bila kita minta mereka buat sesuatu yang mereka tak suka pun, anak akan banyak complaint cakap susah lah. Cakap tak boleh lah.

Tapi kalau buat benda yang diorang nak, eh pandai pulak nak datang idea tu. And while the idea coming to them, as a parent, I should encourage and celebrate supaya such attitude berkembang.

Attitude buat sampai dapat dan attitude independent.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares