Mengajar Anak Di Rumah | Unschooling

Dapur Maryam

Kadang bila kita belikan anak kita mainan, dia macam tak hargai je.

Ye lah, mainan tu di campak lepas tu, biar gitu je.

Usah risau, itu petanda anak kita sedang nak kenal, apa benda yang kita bagi kat dia tu.

Budak kecik, cara mereka nak kenal sesuatu objek adalah dengan bereksperimen dengan objek tersebut.

Contoh eksperimen adalah campak, gigit, cuba koyak dan sebagainya yang nampak seperti, tiada apa-apa di mata kita.

Bila kita mula demo cara berinteraksi dengan objek tersebut, baru lah anak kita akan belajar cara guna.

Contohnya macam Maryam, masa mula dia dapat mainan girl, adik saya bagi soft toys berbentuk sayur-sayuran dalam bakul.

Memang comel.

Tapi masa tu Maryam masih nak memahami, apa benda tu.

Kemudian as times goes by, kami belikan set buah-buahan boleh potong dan set pisau dan papan pemotong.

Kemudian set pinggan mangkuk dan dapur.

Beli sikit-sikit.

Agaknya lepas dia nampak kami selalu buat kerja di dapur, Maryam cuba imitate kerja di dapur dengan mainan dia.

Dan bermula lah, dapur Maryam.

Huhu.

Nanti dah besar sikit boleh tolong kat dapur betul pula 😉

Belanja sikit gambar 🙂

image
Nak potong ayam goreng guna chopping board dia
image
Lepas potong ayam, kita makan. Tisu kena ada untuk lap mulut kotor. Huhu
image
Ok, chopping board Maryam dah boleh ganti chopping board Abi

Thanks for reading this entry! 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *