Muhasabah

Di Dalam Susah, Telah Ada Senang

Beberapa minggu lepas group Shaklee iReach ada buat YouTube Live streaming.

Ai pun tak pasti apa bezanya dengan Webinar 😛

Topik itu sangat menarik.

Sebenarnya saya tak pasti topik apa malam itu, tapi satu keypoint yang sangat terkesan dalam hati, dan sampai sekarang terngiang – ngiang : Bersama kesusahan, ada kesenangan.

Sejak upline ai join kelas Ustadh Nouman Ali Khan masa dia datang Malaysia, sokmo lepas tu dapat pengisian berbentuk tafsir Quran.

Quranic Coaching.

Sangat menyentuh di jiwa.

Bersama Kesusahan, Ada Kesenangan

Contoh dalam group kami, salah satu cara untuk pemasaran – konsisten update blog.

Untuk yang tak pernah buat blog, perkara ini adalah sangat susah.

Tapi kesusahan ini lah menjanjikan kesenangan di masa depan.

Susah, memang susah.

Tapi kalau tak lalui susah yang ini, macam mana nak dapat sales?

Blog memang nature nya kena selalu update, baru Google sayang.

Blog yang padat info, dan sentiasa ada update terkini, pembaca lebih suka dan tertambat.

Terpaksa lalu jugak proses perah idea dan cari masa update blog, sama ada nak atau tidak.

Dalam susah itu, telah ada sebuah kesenangan.

Cuma, kita belum tahu sahaja lagi.

Sehingga lah sampai waktunya, penat lelah akhirnya membuahkan hasil yang manis.

Dan bila saya perhatikan perjalanan hidup keluarga kecil kami, ya, kerap kali semasa susah, rasa sesak, susah nak bernafas..

Tapi selepas beberapa ketika, kami bersyukur yang kami lalui kesusahan itu, malah terasa rugi kalau tak melalui kepahitan tersebut.

Baru-baru ini semasa majlis aqiqah baby Hannah, kami diuji dengan caterer.

Tapi alhamdulillah sekejap selepas ujian, nampak hikmah dan pelangi nya.

Bila kita sedang diuji, ingat lah, dalam susah ini, dah ada sebuah pelangi di hujung jalan.

Just trust in Allah. Pegang pada Dia.

Tak akan Allah persiakan kita 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *