Di Manakah Lofoten?

Destinasi percutian kami kali ini tidak lah terkenal macam Paris atau Switzerland. Tapi ianya sangat-sangat cantik tak terkata.

Nama tempat ini adalah Lofoten dan ia terletak di negara bernama Norway.

Yang mengujakan, Lofoten ini terletak di atas garisan ‘Artic Circle’.

Gambar ini kredit kepada Wikipedia. Lofoten yang saya bulatkan warna biru itu. Ia terletak dalam ‘Artic Circle’ 😍😍😍

 

Walaupun ianya lebih jauh ke atas berbanding Oslo, ibu negara Norway, suhu Lofoten di kira agak panas berbanding Oslo.

Kalau Oslo mencatat -9C, Lofoten hanya mencatat -1C.

Ini mungkin kerana Lofoten terletak di tengah-tengah Laut Norwegian, jadi arus laut memanaskan pulau ini.

Di Lofoten juga kami bertemu ramai anak kecil dan baby. Banyak taman permainan di sini, tapi di musim sejuk ini kebanyakannya dah ditenggelami salji.

Taman permainan dalam bangunan pun ada.

Di sini memang mudah sangat lah nak cari ‘winter attire’ untuk baby dan anak-anak kecil, sangat banyak pilihan. Memang saya tak sangka.

Baby 8-bulan ini dah sampai Lofoten di musim sejuk. Alhamdulillah boleh bawa dan baby alhamdulillah sihat.

Pertama kali saya kenal Lofoten adalah menerusi majalah National Geographic Traveler.

Waktu itu kami baru pulang dari percutian di Switzerland dan Chamonix-Mont-Blanc di France.

Sebaik mata menatap gambar Lofoten di majalah, terus hati terpaut rasa nak pergi.

Tapi bila saya ‘study’, alahai payahnya nak pergi. Lepas dah sampai Norway, kena naik kapal terbang kecil pula. Macam sangat terpencil rasanya.

Saya pun lupakan saja lah hasrat, sebab rasa mustahil dan mungkin ia bukan untuk keluarga kami.

Tapi sebab dalam hati ada rasa teringin, jadi suami ‘set’ kan lah ‘wallpaper PC’ kami jadi pemandangan pergunungan dan pulau-pulau di Lofoten.

Tak mengapa lah tak tahu bila nak pergi, kita cuci mata saja dulu.

‘Wallpaper PC’ ini bertukar setiap satu minit rasanya, atau selang 30 minit. Memang cantik-cantik lah pemandangan Lofoten.

Subhanallah!!

Gambar di bawah ini adalah pemandangan semasa hampir matahari terbenam. Fenomena ini dipanggil ‘scattering’ di mana langit berwarna merah pink oren bercampur-baur.

Sungguh tak sangka kami dapat lihat pemandangan ini. Selama ini nampak dalam wallpaper PC saja dan itu pun tak tahu apa benda namanya masa itu.

Setahun dua tahun berlalu.

Bila dah hari-hari tengok landskap yang cantik dan negara yang sama, geram juga kan, sebab sampai bila nak tengok saja. Bila nak pergi nya?

Jadi saya pun mula ‘study’.

Ya Allah, persediaan kali ini bukan takat persediaan kewangan, tapi mental pun kena lebih kuat. Jarak perjalanan sangat jauh.

Beberapa kali saya fikir anak-anak boleh tahan kah? Kami boleh uruskah anak-anak dengan perjalanan jauh ini?

Oh, ia bukan perkara mudah. Jangan nampak kami mudah jalan sana-sini. Ini adalah hasil beberapa proses kesusahan, tapi demi sebuah impian..

Cerita panjang dipendekkan, akhirnya pulang dari Sapporo November lepas, kami pun sepakat putuskan Februari 2019 sebagai tarikh cubaan kami sekeluarga ke Lofoten.

Nanti saya sambung ya.

Ini pemandangan semasa matahari baru nak terbit. Cantik sangat-sangat-sangat langitnya. Subhanallah.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares