Diet Yang Disarankan Untuk Penghidap PCOS
PCOS merupakan situasi hormon wanita mula tidak seimbang. Bila satu hormon tidak seimbang, ia akan mengganggu hormon lain di dalam tubuh.

Antara situasi yang kerap di alami oleh wanita yang mengalami PCOS termasuklah:
- Hormon seks tidak seimbang – Kebiasaannya ovari akan menghasilkan sedikit hormon lelaki yang dikenali sebagai androgen. Tetapi untuk penghidap PCOS, ovari mereka menghasilkan lebih banyak androgen dari yang biasa.Situasi ini menyebabkan wanita ini akan kurang subur, berjerawat, dan tumbuh lebih banyak bulu di muka dan badan.
- Tubuh wanita PCOS mengalami masalah dengan penggunaan insulin – Situasi ini turut dikenali sebagai rintangan insulin oleh tubuh. Apabila tubuh menghadapi masalah dengan insulin, bacaan gula dalam darah akan meningkat dan jika tidak dikawal, penghidap PCOS berkemungkinan bakal menghadapi diabetes/ kencing manis
Wanita yang mengalami PCOS harus memastikan diet harian sebagai salah satu pertahanan tubuh. Jadi, harus berhati-hati dalam pantang-larang pemakanan untuk mengawal agar PCOS boleh berkurangan.
4 makanan yang dicadangkan untuk PCOS
#1 : Sayuran Hijau
Sayuran hijau kaya dengan mineral seperti zat besi, kalsium, potassium dan magnesium. Ia membantu metabolisma gula dan lemak, dan menyeimbangkan hormon.
#2 : Buah-buahan
Buah-buahan kaya dengan serat, vitamin dan mineral.
#3 : Produk organik
Bukan saja ayam cucuk hormon, malah racun serangga dan baja kimia yang terlibat dalam pertanian boleh memberi kesan kepada PCOS.
#4 : Amalkan lemak yang sihat
Terdapat lemak jenis sihat yang bagus untuk PCOS. Antara makanan yang mengandungi lemak sihat termasuk lah telur (putih dan kuning telur), minyak kelapa, minyak zaitun, dan buah avokado
Vitamin Untuk Rawat PCOS
Set Vitamin PCOS terdiri dari 5 vitamin penting untuk membantu rawatan PCOS.
Vivix – Mengandungi Resveratrol. Resveratrol telah terbukti secara saintifik penting untuk PCOS :
- Melindungi sel-sel telur daripada dirosakkan oleh radikal bebas untuk meningkatkan kesuburan wanita.
- Radikal bebas ini merosakkan telur umpama paku besi jadi berkarat akibat direndam dalam air garam
- Menghalang penghasilan hormon lelaki yang berlebihan
- Memperbaiki kitaran haid
- Mengurangkan saiz sel lemak. Ini kerana sel lemak yang berlebihan akan meningkatkan risiko hormon tidak seimbang
Ostematrix – Oleh kerana PCOS tidak digalakkan makan produk tenusu, penghidap PCOS boleh dapatkan kalsium dari kaplet Ostematrix untuk mencegah masalah osteoporosis. Magnesium dan Vitamin D di dalam Ostematrix membantu mengawal bacaan gula dalam darah.
Omega Guard – Mengandungi asid lemak yang memantu menurunkan bacaan hormon testosterone di dalam wanita yang menghidap PCOS
B Complex – Menukar lemak, gula dan protein menjadi tenaga, mengawal metabolisma lemak.
Vitamin C – Membantu menaikkan paras hormon wanita iaitu estrogen dan progestrone yang terdapat banyak di dalam ovari.
Untuk dapatkan Set Vitamin PCOS, anda boleh terus klik butang di bawah :
Rujukan:
2 Comments