Doa Sambil Nyanyi

Baby sangat suka di dengarkan dengan bunyi- bunyi. Kalau dengar bunyi burung atau kucing, cepat- cepat dia akn cari sumber bunyi. Kalau dengar lagu, dia akan listen carefully dan lepas tu akan terus ikut. Baby memang sangat berkemampuan utk copy paste bulat- bulat dalam masa yang singkat.

Otak macam span.

Jadi, bila baby ni terlalu cepat absorb apa saja yang dia dengar, tanpa ada filter utk filter kan samada, apa yang dia dengar tu, sesuatu yang elok atau sesuatu tak elok, ibu bapa memainkan peranan penting untuk berhati -hati dengan apa yg didedahkan kepada baby

Bila dah masuk processor baby, dah tak boleh delete, melekat aje la. Kite pun takmo kan anak kita dok hafal dan ulang- ulang lagu yang merapu- rapu. Tapi banyak mana lah pilihan lagu- lagu islamik kanak- kanak. Susah nyaa nak jumpa!

Tapi syukur alhamdulillah saya telah ditemukan dengan koleksi lagu yang sangat best 😀 Best sebab nya, lagu ni bukan sekadar lagu untuk nyanyi- nyanyi hilang boring. Tapi lagu ni mendidik anak hafal doa, mendidik anak tentang adab- adab islam, yang kadang- kadang kita sendiri pun tak tahu.

Oh lupa nak kabo, CD ni adalah PERCUMA dengan belian Buku Mari Berdoa yang kat bawah ni. Buku ni sangat comel dan best 😀 Kertas kulit keras dan muka surat kulit licin. Ada 30 doa harian dalam buku comel ni.

Sambung cerita lagu tadi 😉 Sedap ke tak sedap lagu- lagu ni, boleh klik sini http://db.tt/A8tITo8F, dan klik download untuk dengar lagu best ni 😀 Tu sampel lagu tentang makan dan adab makan. Best tak? =)

Dalam CD ni, ada beberapa nasyid/lagu dan pelbagai rentak. Ada rentak slow macam nak kasi budak tidur, ada rentak biasa, ada jugak rentak yang rancak- bila dengar rasa cam bertenaga nak buat kerja.

Dalam nyanyian doa, ada juga cerita tentang adab dalam islam. Cuba pasang kat baby baru lahir. Masa ni semua yang dia dengar, akan diserap dalam hati. Insya-Allah lebih mudah nak ajar bila dah besar sikit.

Alhamdulillah saya dah praktik dengan baby Muhammad, eheh dah setahun 6 bulan masih panggil baby 😛 Seronok dan sejuk sangat hati bila tengok tiba- tiba dia tadah tangan baca doa sebelum langkah kaki masuk toilet :’) dan sangat teruja bila tengok tiba- tiba sebelum makan dia tadah tangan dan baca doa makan! :’) tanpa disuruh!! Terima kasih ya Allah…

 
Oh, baby Muhammad baca doa makan ikut bahasa dia. Baby Muhammad masih belum boleh cakap lagi, cakap bahasa baby je 😛 Insya-Allah harapnya bila dah petah bercakap, dia akan fasih dan amalkan baca doa harian 😀

Petikan lagu adab dan doa makan:

Makan dan minum perintah Tuhan
Terkandung di dalam al quran
Tapi jangan berlebihan
Kerana itu amalan syaitan

Makan lah sewaktu kita lapar
Berhenti sebelum kenyang
Basuh kedua tangan
Hindar segala kekotoran

Tangan kanan di utamakan
Pasti syaitan
Disisihkan

Allohumma Baariklana
Fiima Rozaqtana
Wa Qina ‘Azabannar

Itu doa sebelum makan

Alhamdulillahillaazi
Ath’amana Wa Thaqaana
Wa Ja’alana Minal Muslimin

Itu doa selepas makan
Allah, Allah Ya ALlah

************************************************
Berminat nak dapat kan Buku Mari Berdoa dan PERCUMA CD Nasyid Doa? Jom ke Page Islamic Books for Kids, klik sini =) atau

PM FB Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Call 0194093457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares