Duit Raya Muhammad

Lamanya lah kan tak tulis kat blog. Apps kat hp rosak pulak šŸ˜› Alasan je tew šŸ˜›

Ada banyak benda nak dikongsikan.

Tapi kali ni nak berkongsi tentang Muhammad dan duit raya dia.

Saya tak berapa ccare pasal duit raya Muhammad, biasanya lepas dapat, dia kumpul, kami simpankan.

Tapi semalam adalah kejadian yang sangat menarik dan membuatkan saya sebak sangat.

Main Lego & Sedekah

Alhamdulillah seronok sangat semalam beraya kat rumah Pak Ngah kat Shah Alam.

Sepupu semua balik, ni geng Pak Ngah je lah. Diorang pun raya rumah mertua dulu, jadi Alhamdulillah raya ketiga dah boleh berkumpul semua.

Geng dari rumah Pak Ngah. Esoknya beraya rumah pakcik lain pulak

Geng dari rumah Pak Ngah. Esok beraya rumah sedara lain pulak

Kat rumah Pak Ngah, Muhammad main dengan Nazrin, main lego. Nazrin ni anak sepupu saya yang pertama, dah sekolah darjah satu lah.

Ralit sangat main lego sampai orang ajak balik pun tak nak. Jadi saya pun bagitau lah, nanti kita beli lego macam Nazrin guna duit raya Muhammad.

Dengan impian nak ajar anak menabung dan usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu.

Muhammad pun macam ok je.

Pelajaran Urus Duit Raya?

On the way back, tetiba terfikir, daripada ajar beli mainan, kan lagi bagus ajar buat pelaburan?

Pelaburan adalah pelajaran untukĀ macam mana nak kembang biakkan duit. Kitorang pun baru nak start šŸ˜›

Tapi, eh, macam advance pulak rasanya.

Hmm., takpe lah, budak kecik lagi, ajar tambah tolak je dulu.

Lepas tu, tetiba terdetik lagi, kan lagi bagus, daripada ajar pelaburan dulu, ajar dia bersedekah terlebih dahulu.

Hmm, macam mana tu nak ajar bersedekah.

Kami maghrib di masjid sebab budak-budak ni kalau duduk je dalam rumah, akan jadi kebosanan.

Lepas maghrib, saya terkejut, bila tengok Muhammad sedang gigih masukkan semua duit raya dia dalam tabung masjid!

Ya Allah…. Sebak!

Memula habiskan seringgit, pastu masukkan lima ringgit pulak. Dendiam sendiri je.

Memula habiskan seringgit, pastu masukkan lima ringgit pulak. Dendiam sendiri je.

Punya lah sebak sampai gambar pun blur.

Saya tanya suami, dia ke yang suruh Muhammad letak duit dalam tabung?

Takde pulak suami suruh, Muhammad yang pandai sendiri.

Alhamdulillah..

Banyak pengajaran yang saya belajar dari kejadian ini.

Ia menguatkan lagi keinginan saya untuk ajar Muhammad konsep sedekah, kena jadi kaya dan pelaburan.

Masa Saya Kecik

Masa saya kecik dulu, mak selalu cakap, “Orang islam kena jadi kaya. Baru lah tak kena pijak kepala.”

Masa tu sokmo dengar berita pasal palestin. Sampai hari ni pun tak habis-habis.

Sebab tu lah saya kena belajar rajin-rajin supaya dapat kerja yang bagus dan jadi kaya.

Saya bersyukur dapat mak yang mindset gitu, sangat menggalakkan anak-anak jadi kaya. Bukan kutuk orang kaya.

Sedekah

Tapi, pada masa yang sama, mak sangat selalu tekankan sedekah. Bukan mak suruh bagi duit kat mak.

Tapi mak bagi nama ustaz-ustaz dan akaun nombor ustaz tu, suruh setiap bulan pi bank in kat ustaz – ustaz tu.

Ustaz yang dimaksudkan adalah yang uruskan rumah perlindungan untuk wanita yang didera atau wanita yang bermasalah.

Ada ustaz yang jaga anak-anak yatim.

Dan selalu jugak lah nampak resit-resit derma kat rumah mak masa saya kecik dulu.

Macam apak, saya nampak dia selalu derma kat Persatuan Orang Buta.

Mak bapak saya bukan tahap jutawan, apak saya makan gaji dan diorang tak berniaga.

Akal logik kalau fikir, tak mungkin dengan hanya gaji apak seorang, diorang dapat kemewahan hari ini.

Tapi saya yakin mesti ada resipi rahsia macam mana diorang dapat apa yang diorang dapat.

Mak cakap, kuncinya sedekah je.

Ada lah beberapa amalan mendekatkan diri kepada Allah yang lain.

Pelajaran Kewangan Untuk Anak-anak Kami

Jadi untuk Muhammad dan adik-adik dia, syllabus saya akan ada sikit improvement.

Saya akan tanamkan tentang konsep orang islam wajib kaya.

Saya akan cari cerita sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang 10 dijanjikan syurga, tapi kaya raya. Dari 10 orang tu, 7 daripadanya kaya raya.

Dan saya akan tanamkan konsep sedekah macam mak tanamkan dalam diri kami dulu.

Tapi, kalau nak kaya, saya tak akan suruh cari kerja; dah zaman sekarang pun peluang pekerjaan makin menipis.

Perkara pertama dan utama – semua benda datang dari Allah termasuk harta, dan kena belajar urus kewangan, belajar pelaburan dan belajar berniaga.

Berniaga ni memang susah.

Orang yang bukan dalamĀ dunia perniagaan ingat semua orang berniaga ni kaya. Heh! Geram pun ada.

Tapi yang menariknya, dunia perniagaan ini menarik kita untuk betul-betul melutut depan Tuhan.

Bukan setiap bulan adalah bulan yang manis. Tapi dengan Allah di hati, segalanya akan tampak indah.

Doakan kami berjaya ya! ^_^

Dah nampak dah objektif untukĀ pendidikan Muhammad dan adik-adik.

Alhamdulillah :’)

3 Comments

  1. Uncle Zuan 20 July 2015
  2. roslina mohd sobri 21 July 2015
  3. Lukman Hakim 3 September 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares