Dyslexia Yang Bukan Dyslexia. Apa Peranan Ibu Bapa?

Beberapa minggu lepas saya menyertai kursus mengajar anak membaca menggunakan siri buku Bacalah Anakku dan Read Easy.

Antara input menarik yang saya belajar adalah mengenai salah faham ibu bapa berkenaan anak dislexia.

Hari ini mari saya kongsikan penerangan Cikgu Nik Eliani, penulis siri Bacalah Anakku dan Read Easy, mengenai salah faham ini dan bagaimana cara untuk bantu anak-anak.

Anak 5 tahun KELIRU b, p dan d.

?First jangan risau agak normal anak 4,5,6,7 tahun keliru b p d.
Ada sebabnya.
Dan ada cara untuk membantu anak mengatasinya.

?Mengapa normal tertukar b p d?
Daripada kajian brain neurosains, kita TIDAK dilahirkan dengan otak yang terus pandai membaca sebagaimana kita bertutur.

Walaupun begitu otak kita ada komponen-komponen yang sudah bersedia untuk kita hebat membaca. Cuma perlu sedikit ‘ADAPTATION’.

Salah satu daripada komponen yang terlibat adalah bahagian otak yang digunakan untuk mengingat muka dan objek.

So it will take time for that part of the brain to learn b p d q are NOT the same (tidak seperti muka orang, terbalik pun orang sama).

Bagaimana untuk membantu otak cepat ‘adapt’ b d p, q tidak sama?

Melalui aktiviti MULTI SENSORI.
– Buat huruf play doh
– Sentuh kad huruf berpasir
– Lain-lain aktiviti seperti di atas ( tidak termasuk tulis atas angin)

? Kesimpulan:
1. Perbanyakkan aktiviti sensori utk b p d.

2. Betulkan salah sebutan dengan muka manis & suara lembut.

Nanti ok la tu.

Rujukan utama:

Dr Stanislas Dehaene, professor di Collège de France & Pengarah INSERM-CEA Cognitive Neuroimaging Unit di NeuroSpin Saclay,
France Advanced Neuroimaging Research Center.

Jadi, usah risau bila anak nampak keliru.

Perbanyakkan aktiviti yang menarik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 🙂

Thanks for reading!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares