Eat Clean

Eat Clean Day 8 : Dinner Tuna Ball

Seperti mana namanya, ia memang berbentuk bebola.

Dinner hari ini adalah

Tuna ball bersama mushroom grill, terung grill dan daun-daun salad yabg tak pasti nama apa ?

image
Walaupun rupa macam sepinggan sayur, percaya lah, Tuna nya masih berasa

Tuna ball ni, makan 1-2 ball dah cukup kenyang.

Tapi kena habiskan.

Cikgu kata meal 1 tin asalnya. Jadi habiskan aje semua tuna ball yang berasal dari satu tin tu.

Resipi Tuna Ball

Bahan-bahan :

Ini untuk 2 orang lebih kurang

2 tin Tuna in water
1 biji Capsicum potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu –  lupa pulak nak letak tadi

2 biji cili merah dihiris, kalau suka pedas
Sikit Daun Sup di hiris

Serbuk Paprika
Serbuk Cayenne (yang ni memang pedas, jadi saya dash sekali je)

2 biji telur

Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan

2. Bentukkan macam bebola

3. Baked suhu 180 C, selama 20 minit. Kalau suka lagi rangup, tambah lagi masa atau suhu.

Tips:

Untuk pastikan bebola membulat cantik, tak pecah, pastikan yang berikut :

1. Tos air dari Tuna in water tadi

2. Dadu kecil capsicum dan bawang besar

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *