Uncategorized

Energizing Soy Protein

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein adalah sejenis minuman berprotein tinggi. Dalam hidup seharian, protein sangat penting sebab ia merupakan asas pembinaan sel di dalam tubuh. Kalau korang- korang nak tahu, tubuh kita terbina camni: sel ==> tisu ==> organ ==> sistem ==> tubuh

Sel merupakan asas pembinaan tubuh. Kalau sel takda, takda lah organ dan takda lah sistem. Analogi nya macam nak buat rumah. Nak buat rumah kena ada dinding, tiang, lantai. Tapi asas kepada pembuatan tu sume, kena ada pasir. Kalau pasir takda? Tak dpt lah membentuk dinding tu sume.

Protein boleh di dapati dari banyak sumber seperti ikan, daging dan ayam. Tapi dalam banyak2 sumber, sumber dari soya adalah paling bagus.

Dan kene tengok, soya yang cemana. Zaman sekarang ramai orang risau sebab rumors cakap soya tak elok untuk kesihatan. On one note saye macam pelik, orang yg sebarkan rumors dan orang yang percaya rumors tu, tak makan kicap ke? Atau tak makan tempe ke? 😉 Sebab kicap dan tempe terang lagi bersuluh berasaskan soya.

Soya yang terbaik adalah soya yang genetik nya tak diubah suai, non-GMO (non- genetically modified organic) Sebab bila genetik soya diubah suai, banyak proses kimia terlibat dan ini lah yang menyebabkan pelbagai efek negatif kepada pemakan soya.

Eh tapi jangan tak tahu, beras yang kita makan sekarang pun GMO okeh. Ye la, zaman dulu sekali setahun je padi di tuai. Zaman sekarang, 4 kali setahun. Macam mana dapat camtu? Jawapannya adalah sebab teknologi makin canggih, nak clone beras pun bulih.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *