Family

Family Ku Sayang

Family memang adalah paling dekat di hati. Kalau sebelum kahwin, family besar terdiri dari adik – beradik dan mak apak.

Lepas kahwin, kita ada family kecik pulak.

Saya sayang family besar dan family kecik saya.

Tak terbayang dan tak tersangka saya akan dihadiahkan dengan suami yang superb.

Hihi
Hihi

 

Kepada yang belum berkahwin, tak perlu lah anda mencari suami yang perfect dari segala segi. Tapi part agama tak boleh ambil remeh lah

Beristikharah lah mohon petunjuk dari Allah.. Sebab sungguh betul dan benar, Allah tahu apa yang  terbaik untuk kita.

Kalau orang lain selalu komplen suami duduk tengok TV, dia sorang uruskan anak yang dah masuk 2 3 anak. Tapi saya?

Alhamdulillah sangat  sangat dikurniakan suami yang tak boleh tengok saya susah. Huhu.

Kalau saya letih nak masak, suami akan temankan, atau kalau bebudak ok, dia akan tolong sekali. Atau ada je masa suami yang tolong masak 😀

Laundry pun suami yang tolong buatkan.

Anak – anak meragam, suami yang tolong pujukkan.

Saya bersedih atas macam- macam perkara, suami tolong pujukkan juga.

Saya beruntung dan bersyukur Alhamdulillah suami saya, bagi saya perfect.

Perkahwinan memang sangat teramat indah. Rugi lah orang yang bercinta bertahun-tahun tapi belum berkahwin.

Dan saya sungguh sayangkan family besar saya. Family besar umpama kompas dan penunjuk jalan untuk family kecik saya.

Saja tak letak gambar sebenar - privacy ;)
Saja tak letak gambar sebenar – privacy 😉

Mak apak saya setkan benchmark yang cukup tinggi bagi saya -in term of urusan rumah tangga, instilling islamic values and akhlaq dalam diri anak2, urusan menguruskan anak, urusan suami.

Masa kami adik-beradik kecik-kecik dulu, apak sokmo outstation overseas berbulan- bulan. Bila saya PJJ suatu masa dulu dengan suami, saya memang tak tahan.

Memang tabik sungguh lah dengan tabahnya mak saya.

Bila semua adik-beradik dah besar dan kahwin, mostly duduk jauh -jauh. Jauh means kena naik flight kalau nak balik. Huhuhu. Alah tapi saya just 5-hours drive. JUST?? Huhu

Entry ini ditulis sebab tetibe rindukan adik ke-empat yang baru fly malam tadi. Sebelum fly, dia kabo tak tahu bila lagi balik Malaysia sebab raya konfem tak balik sebab hubby dia baru dapat offer kat Ireland. Masa raya pun nanti ada kelas.

Oh belum raya lagi, ai dah syahdu. Huhu.

Insya-Allah ada lah rezeki semua berkumpul nanti. Just pray 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *