Berpantang

First Baby Hospital Visit

Hari ke-6 baru ada kesempatan nak bawa baby ke hospital.

Kami pilih Tropicana Medical Center sebab:

1) Pediatrician dia best dan lebih kurang prefer natural treatment if ada sakit apa-apa. Kami suka Dr Ling.

2) Suasana di bahagian pediatric adalah selesa dan mesra kanak-kanak, banyak gambar kartun di dinding dan ada permainan untuk pastikan anak sibuk semasa menunggu giliran.

3) Bilik doktor Pediatrician sendiri adalah penuh dengan toys

Berat baby masa lahir tak timbang, sebab penimbang rosak kat rumah.

Alhamdulillah baby dilahirkan di rumah kami 🙂 Insya-Allah birth story menyusul kemudian ya.

Berat baby selepas 6 hari adalah 3.48kg. Jadi mungkin masa lahir berat baby lebih kurang 3.2kg atau 3kg?

Masuk je bilik doktor, Muhammad dan Maryam terus meluru ke arah pelbagai jenis toys.

Kereta mainan yang boleh naik tu pun ada. Doktor tak marah langsung diorang bising dalam bilik doktor sambil tekan dan main toys.

Alhamdulillah baby pula sangat tenang. Cek dengan doktor pun, tak menjerit. Relax dan sangat sweet.

Alhamdulillah tiada kuning, tali pusat kering dengan cantik, menyusu bagus, tiada demam dan semua perfect.

Syukur alhamdulillah.

Dan doktor ni tak tanya pun bersalin di mana. Sangat cool.

Kalau anda teringin nak rasa ambience berbeza dengan pakar kanak-kanak, boleh lah ke Tropicana Medical Center di Damansara 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *