Flashcards

Flashcard Huruf Hijaiyah

Bismillah wa Alhamdulillah

Saye bukan lah peminat flashcards. Dan tak berminat nak ajar baby guna flashcards. Tapi sejak jumpa flashcard Hijaiyah ni, rasa cam best pulak 😛

Flashcard tu menarik sebab dia besar. Saiz nya memang besar. Bulat lah mata baby kalau tengok. Size A5 kalau tak salah. Kalau baby nak pegang pun senang sebab saiz besar tu.

Pastu warnanya kontra. Warna yang membantu melatih mata baby untuk fokus. Saya pernah kongsi tentang warna yang bagus untuk mata baby adalah putih, hitam dan merah. Nu blaja dari buku How to Have a Smarter Baby. Pentingnya warna kontra supaya baby mudah fokus, dan nak tengok kad tu lama2. Ni kalau utk newborn lah. Dlm buku Glenn Doman pun ada crita kalau x salah. Ada yg dia suruh letak depan mata baby, kertas warna putih, tengah kertas tu ada dot besar warna hitam. Ha, letak lah kat babycot.

Untuk flashcard hijaiyah, drg pilih warna merah, berlatar belakang kan warna putih. Kite orang besar pun akan tertarik untuk tengok warna merah kan?

Pastu lagi yang best- ada gambar kat belakang kad tu! Menariknya rasa. Kalau kad tu tulis mim baris atas, bunyi nya adalah ‘ma’. Jadi belakang kad tu ada gambar seorang ibu, atau kita panggil ‘Ma’ atau ‘Mama’. Bila baby ditunjukkan dengan gambar, lebih mudah utk dia absorb dan faham dan hubungkaitkan, huruf mim baris atas, adalah berbunyi ‘ma’, sebab kad yg ditunjuk cakap macam tu :))

Menarik tak? 😉

Baby saya lain sikit 😛 saya biasa nyanyi sambil tunjuk kad je. Hehehe. Pastu dia lebih banyak dan lebih suka dengan buku Al- Baghdadi.

Tapi kalau untuk ibu-ibu yang tercari-cari flashcard hijaiyah untuk baby, saya sangat recommend flashcard Hijaiyah ni 😉 Bestttt!! 😀

Pasti anda pun suka =) Sebab saya suka =)

Untuk order, boleh PM FB Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Call 0194093457

Published with Blogger-droid v2.0.4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *