Muhasabah

Fokus Pada Kelebihan

Setiap seorang dari kita ada kelebihan masing-masing. Tak sama kelebihan kita dengan orang sebelah.

Tapi dunia sekarang menuntut kita untuk sentiasa bandingkan diri kita dengan orang lain, dan membuatkan kita susah nak hargai kelebihan diri.

Bila dah asyik tengok jalan orang, diri sendiri pun tak ke mana lah.

image

Percaya tak, orang yang kudung tangan dan kudung kaki, sejak lahir, berjaya bertemu jodoh dengan pasangan yang sempurna.

Tak percaya?

Nick Vujicic telah buktikannya!

Dia tak suruh wife dia kahwin dengan dia. Tapi dia yakin yang Allah (of course dia sebut God) tak akan biarkan dia hidup keseorangan tanpa isteri.

Cerita Nick dan keyakinan diri

Mula-mula Nick terfikir, dia takde tangan, macam mana dia nak pegang isteri dia.

Macam mana orang macam dia boleh menarik perhatian perempuan?

Tapi dia teringat, ada sorang budak pernah cakap kat dia, “Awak ada sepasang mata yang cantik.”

Jadi dengan keyakinan mata dia cantik, dan menjadikan rupa dia kacak, dia yakin akan ada wanita berkahwin dengan dia.

Ada dia terfikir kaki dan tangan dia yang kudung?

Tidak sama sekali.

Dia fokus kepada kelebihan dia. Tutup mata pada kekurangan dia.

Dan akhirnya Alhamdulillah bertemu jodoh dengan isteri yang cantik, dan dah pun dikurniakan cahaya mata yang sempurna.

image
Kreatif pikir cara untuk peluk baby dia, walaupun dia takde tangan

Apa kaitan dengan kita?

Kita selalu tengok kelebihan orang lain; orang tu ada lebih masa, orang sana ada gadget canggih, orang situ pulak anak baru sorang.

Itu semua cabaran yang diberikan oleh Allah kepada kita, bukan untuk kita give up.

Tapi untuk asah kreativiti kita.

Bila kita berjaya being creative, senang jugak lah nak fikir idea dan strategi untuk berjaya dalam kerja kita

image

Pasti ada kesempatan walau dalam kesempitan

Fokus pada kelebihan anda, anda pasti temui jalan keluar dari masalah anda.

Atau sekurang-kurangnya, berazam untuk jadi positif seperti Nick Vujicic.

Salam kecemerlangan buat pembaca Diary of Muhammad ­čÖé

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *