Gajah di Kuala Gandah, Pahang

Dulu tak ingat bila, masa Maryam kecik, pernah pergi. Kali ni nak pergi lagi sebab Muhammad asyik sebut gajah je.

Dah buku dia pun ada gambar gajah. Kita nak cerita pasal Kisah Tahun Gajah dan Burung Ababil, di sebutnya gajah sampai ke sudah.

Jadi lah pi tengok gajah kat Kuala Gandah, boleh bagi makan, boleh pegang gajah.

Jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah

Kuala Gandah ni kat Pahang. Kalau dari Kuala Lumpur, spesifik nya area Gombak, perjalanan ambil masa sejam setengah.

Exit kat Lanchang, lepas exit akan jumpa simpang tiga dan belok ke kanan. Follow je signboard untuk ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary.

Fi masuk adalah percuma, tak tahu lah macam mana diorang dapatkan bajet sebab rasa kalau best gini bukan bawah kerajaan kan? 😛

Jangan marah ye orang kerajaan 😛

Deerland

Dekat situ sebelum simpang masuk gajah, ada simpang masuk Deerland.

Oleh kerana Gajah Show pukul 2, lepas sat tengok gajah, kitorang pi Deerland, lepas tu datang tengok gajah balik 😉

Dekat-dekat je.

Tapi fi masuk Deerland adalah RM 15 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas dan juga dewasa. Adeh.

Tips Melawat Gajah di Kuala Gandah

Gajah adalah boleh pegang dan diberi makan. Gajah makan tebu dan pisang, boleh beli kat situ je.

  1. Sediakan duit kecik untuk beli makanan gajah, singgit singgit lah sebab budak-budak ni suka sangat tengok kita bagi makan gajah.Seikat tebu RM 3 dan sesikat pisang RM 5
  2. Of course bawa air mineral yang mencukupi supaya tak haus
  3. Bawa tuala dan baju spare in case nak sertai aktiviti mandikan anak gajah nanti
  4. Gajah show adalah pada pukul 2 tengahari, jadi sila bawa topi besar atau payung siap-siap sebab takde tempat duduk, kita berdiri kat open area je tengok gajah perkenalkan diri 😉

Muhammad dan Maryam suka dengan gajah, tapi takut nak dekat. Hadoi.

Jom layan gambar!

Deerland – Bukan takat ada rusa je, macam-macam pun ada

Rusa sangat lapar nak makan! Makanan ni pakej sekali masa bayar fi masuk

Rusa sangat lapar nak makan! Makanan ni pakej sekali masa bayar fi masuk

Aiyo landak?

Aiyo landak?

Landak baik, pun adik takut nak pegang

Landak baik, pun adik takut nak pegang

Ape ni. Lupa nama dia. Tapi memang duduk gitu je lah dia, gerak sesikit je

Ape ni. Lupa nama dia. Tapi memang duduk gitu je lah dia, gerak sesikit je

Sejuk kulit ular. Dia baru bersalin kulit. Bersisik tapi lembut dan licin. Subhanallah!

Gajah di Kuala Gandah – Gajah upclose!!

anak gajah kuala gandah minta makanan

Gajah ni ada dari 10.30 pagi hingga 4 petang. Gajah untuk Gajah Show lain pulak

GAJAH DI KUALA GANDAH SEDANG MANDI

Untuk permulaan Gajah Show, gajah-gajah akan dibawa ke sungai berdekatan untuk mandi dulu

Ini gajah betina. Lepas bagi makan, boleh pegang, dan dia sangat friendly!

Ini gajah betina. Lepas bagi makan, boleh pegang, dan dia sangat friendly!

gajah di kuala gandah

Upclose gajah betina

gajah di kuala gandah

Anak gajah umur 2 bulan

Lepas sesi bergambar bersama gajah, diorang akan ajak crowd mandikan anak gajah dalam sungai tadi.

Sungai tu dalam tau, orang dewasa sampai aras leher. Kalau gajah duduk dalam sungai tu memang just nice lah sebab gajah besar.

Oleh sebab Maryam dan Muhammad ni, suruh pegang gajah pun takut, kitorang decide tak payah lah join. Nanti ada yang buat drama pulak. Dah la sungai tu dalam.

Ok, till then, kita bersambung di lain kali untuk travelogue Diary of Muhammad 😀

Berminat untuk dapatkan Shaklee?

Hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID : 858755

3 Comments

  1. Nurhalawa Md Yusof 22 September 2014
  2. atiehilmi dot com 15 December 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!