Uncategorized

Ganti Puasa Sambil BF, 4 Hari Tanpa Henti

Alhamdulillah minggu ni saya diberi kekuatan oleh Allah untuk ganti Puasa sambi BF, dalam keadaan bertenaga, susu banyak dan pekat dan terasa cepat masa berlalu. Saya berazam tak nak pause ganti puasa melainkan cuti hujung minggu.

Buat pengetahuan kawan-kawan, saya merupakan seorang ibu yang menyusukan bayi, baby Maryam nak masuk 3 bulan, dan mempunyai toddler yang aktif umur nak masuk 3 tahun. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, ganti puasa is no big deal so far. Tak rasa lapar melampau, tak rasa letih sampai nak kena terbaring je, tak rasa bila lah nak buka ni. Tapi time nak dekat maghrib, kita tengok jam lah juga kan.
Apa yang saya amalkan waktu sahur:
❊ Segelas ESP + Susu
❊ Segelas Performance Drink
❊ Kurma basah minima 2 biji (ni mak kasi, family hubby Ayamng kat Madinah bagi)
Saya tak makan nasi 🙂
Seperkara yang saya belajar dari pengalaman tahun lepas (big thanks to Kak Faizah Ramli yang kongsi), makan nasi akan membuatkan kita lebih cepat lapar. Nasi ni bersifat high glycemic, ia membebaskan tenaga dalam kadar yang cepat. Jadi pagi kita boleh still rasa ok. Tengahari nanti mesti dah start rasa perut berkeroncong.
Boleh lihat di gambar di bawah untuk memahami glycemic tu apa.

 

Kalau nak makan, saya gantikan nasi dengan roti whole meal, bukan roti putih ya. Roti putih ni sifat dia macam nasi tadi. Roti whole meal ni bersifat low glycemic, ia membebaskan tenaga dalam kadar perlahan. Sebelum kelahiran baby Maryam, saya kerap puasa hanya bersama beberapa keping roti, dan alhamdulillah bertahan hingga ke petang.
Anda boleh eksperimen menu sahur anda sementara belum Ramadhan ni untuk cek, menu mana yang lebih berkesan untuk membantu anda bertenaga dan tak lapar sepanjang hari.
Oh berbalik kepada menu sahur saya.
Kali ni saya ganti puasa tak minum bergelas-gelas air. Kalau nak tahu, Performance Drink ni mengandungi elektrolit yang membantu untuk elak badan kita dehydrated. Minum segelas je dah cukup. Ia akan bantu mengekalkan cecair dalam badan supaya kita kekal hydrated sepanjang hari. Bila kekal hydrated, insya-Allah badan tak lesu atau letih. Dan bagus untuk memastikan penghasilan susu tidak merudum.
Saya tak makan banyak untuk sahur, tapi alhamdulillah takda pulak saya tidur sepanjang hari, malah tak tidur waktu tengahari. Alhamdulillah dengan izin Allah saya percaya ESP membantu saya untuk rasa kenyang lebih lama dan sentiasa rasa bertenaga.
Kurma pula sebagai tambahan.
Jika anda ibu menyusu atau ibu hamil, atau tak hamil atau tak menyusu, tapi nak rasa bertenaga sepanjang puasa, boleh amalkan menu sahur saya 🙂
Anda berminat untuk dapatkan Performance Drink dan ESP?
Hubungi saya sekarang!
Khadeejah Hasmad
SMS/ WhatsApp/ Call: 0194773457
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *